Urang-aring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Urang-aring
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Asterids
Order: Asterales
Famili: Asteraceae
Genus: Eclipta
Spesies: E. alba
Nama binomial
Eclipta alba
(L.) Hassk.
Sinonim

Eclipta erecta
Eclipta prostrata
Verbesina alba
Verbesina prostrata

Urang-aring atau nama saintifiknya Eclipta alba (L.) Hassk. juga dikenali dengan nama rumput kuning putih[1], keremak jantan atau keremak hutan adalah antara tumbuhan herba yang dianggap rumpai. Walaubagaimanapun, ia banyak digunakan kini sebagai pewarna dan nilai perubatannya yang ada.[2] Ia berasal dari Asia dan tersebar luas di seluruh dunia kemudiannya. Kegunaannya meluas di India dengan nama tempatannya Bhringraj. Urang-aring juga banyak didapati di Pulau Jawa, Thailand dan di Semanjung Malaysia.

Morfologi urang-aring[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan herba ini boleh tumbuh menegak dan merayap serta mempunyai banyak cabang. Batangnya berbulu halus, lembut dan berwarna merah keungguan. Daunnya sederhana besar, tirus di hujung, tepi daunnya bergerigi dan tersusun bertentangan. Bunganya kecil, berwarna hijau semasa muda dan putih setelah tua serta tumbuh dicelah ketiak daun dengan tangkai bunga yang panjang. Bijinya kecil dan banyak, berwarna coklat serta berbentuk bujur leper.

Kegunaan sebagai pewarna[sunting | sunting sumber]

Urang-aring terkenal dalam perubatan tradisional dan banyak digunakan sebagai pewarna asli. Ia boleh mengganti pewarna sintentik dalam industri.

Pewarna asli urang-aring boleh diperoleh dengan mengekstrak daunnya yang mana digunakan untuk menghitamkan rambut dan melukis tatu bagi masyarakat bukan Islam. Secara tradisional, daun urang-aring dikeringkan dan direndam dalam minyak kelapa panas selama beberapa jam untuk dijadikan minyak rambut kemudiannya. Minyak rambut campuran ini dapat mengekalkan kehitaman di samping menyuburkan rambut jika selalu diamalkan.

Banyak syarikat komersial produk telah mengkomersialkan penggunaan urang-aring sebagai bahan utama mereka terutamanya dalam industri syampoo dan makanan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2014 Dewan Bahasa dan Pustaka
  2. Azimah, A.K dan A.G. Rosnani. Tak Kenal Maka Tak Cinta: Urang-aring. Dalam Agromedia Bil. 26 (2/2008). Kuala Lumpur: Penerbitan MARDI. m/s 66-68.