Urassaya Sperbund

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Urassaya Sperbund
Kelahiran
Urassaya Sperbund

(1993-03-18) 18 Mac 1993 (umur 31)
Nama lainYaya
PekerjaanPelakon, Model
Tahun aktif2007–kini
Laman web rasmiurassayaclub.com

Urassaya Sperbund (Bahasa Thai: อุรัสยา เสปอร์บันด์, lahir pada 18 Mac 1993 di Thailand) merupakan pelakon dan model wanita Thailand yang berdarah campuran Thai-Norway. Beliau terkenal menerusi drama popular Duang Jai Akkanee yang ditayangkan pada tahun 2010 bersama gandingan serasinya, Nadech Kugimiya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Urassaya dilahirkan pada 18 Mac 1993 di Thailand dan merupakan anak bongsu kepada Sigurd Sperbund dan Urai Sperbund serta mempunyai seorang kakak bernama Catreeya Sperbund.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Urassaya mendapatkan pendidikan sekolah rendah dan menengah di Sekolah Antarabangsa Regent, Pattaya dan Sekolah Patana, Bangkok. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera di Chulalongkorn University.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Urassaya memulakan kerjayanya pada usia 14 tahun untuk iklan pertama Genie Young Care Cologne dan turut menyertai pencarian ZEN Model Search. Beliau kemudiannya disunting oleh Channel 3 untuk menjadi seorang pelakon. Lakonan pertamanya adalah menerusi drama Peun See Long Hon. Urassaya kemudiannya terkenal menerusi drama popular Duang Jai Akkanee pada tahun 2010 dan Game Rai Game Rak pada tahun 2011 bersama Nadech Kugimiya.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Saluran TV
2008 Peun See Long Hon Som Channel 3
2010 Kularb Rai Narm Nucharee
Thara Himalaya Ajjima Potsawat / Jeed
Duang Jai Akkanee
Wayupak Montra
2011 Tawan Deard Phet Roong
Game Rai Game Rak Fahlada / Nang Fah
2012 Torranee Ni Nee Krai Krong Darunee
2013 Maya Tawan Mattana
Dao Raung Dao Raung
2014 Roy Ruk Hak Liam Tawan Mayumi Takahashi
Roy Fun Tawan Deard
2015 Neung Nai Suang Hatairach / Poom
2017 Kleun Cheewit Jeerawat / Jee
Leh Lub Salub Rarng Petra Pawadee
2018 The Crown Princess Princess Alice Madeleine Theresa Phillips
2019 Klin Kasalong Kasalong / Songpeep / Pimpisa

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak
2018 Brother of the Year Jane
Nakee The Movie Soi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]