Urusan Hati Cik Drama Queen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Urusan Hati Cik Drama Queen
GenreCinta
Komedi
Drama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi
Ditulis olehNazri M.Anuar
PengarahMichael Ang
Hadith Omar
Dibintangi oleh
Scha Al-Yahya
Aiman Hakim Ridza
Randy Pangalila
Lagu pembukaanUrusan Hati - Sarah Fazny
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam.
Syarikat penerbitan
(Cube Film Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Astro Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal6 Februari 2017 – 2 Mac 2017
Kronologi
MengikutiSayang Papa Saya Tak
Diikuti olehDia Bidadariku

Urusan Hati Cik Drama Queen ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Micheal Abg. Dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Aiman Hakim Ridza dan Randy Pangalila. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 6 Februari 2017 menggantikan Sayang Papa Saya Tak.[1] [2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat 'drama queen' dalam apa jua situasi. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar. Pada masa sama, Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lain.

Syazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Syazlin meluahkan perasaanya melalui surat cinta berserta taburan bedak wangi. Siapa sangka Syazlin hanya bertepuk sebelah tangan kerana Fadhlan hanya menggangap dia sebagai kawan. Ketika itu Syazlin mendapat tahu Fadhlan adalah tunangan orang iaitu Hanissa. Ketika pernikahan mereka semakin hampir, tragedi malang menimpa Hanissa. Fadhlan mula menjadi muram dan dingin. Syazlin pula cuba untuk menceriakan si dia. Dapatkah Syazlin bertemu dengan putera idamannya itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Urusan Hati Cik Drama Queen Bukan Drama Kahwin Paksa". Gempak.
  2. ^ Drama Urusan Hati Cik Drama Queen. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

: Slot MegaDrama, Setiap Isnin - Khamis , 10:00 Malam
Sebelumnya Urusan Hati Cik Drama Queen Berikutnya
Sayang Papa Saya Tak Dia Bidadariku