Pengguna:Bluerfn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Usuario:Comae/Fair use
Saya, Bluerfn, sudah putus asa untuk menyunting Wikipedia. Polisi-polisi yang dibuat sangat ketat dan kadang-kala tidak munasabah. Tetapi, memandangkan saya terlalu gemar siri permainan video Final Fantasy dan tidak mahu artikel-artikel yang telah saya curahkan banyak usaha dalam memastikan ia artikel yang baik dirosakkan oleh "peguam-peguam" bangsat Wikipedia, saya akan tetap berada di sini untuk menjaga hasil-hasil kerja saya. Untuk hal-hal lain, jangan berharap pada saya. Saya mengambil cuti wiki atas kurangnya minat untuk menyunting Wikipedia lagi.

Apa khabar?[sunting | sunting sumber]

Nama pengguna saya Bluerfn, tetapi saya juga dikenali sebagai Blue. Saya seorang pengguna Wikipedia sejak Mei 2006. Sumbangan saya kepada Wikipedia lebih terarah kepada Wikipedia Bahasa Inggeris, dimana saya lebih cenderung untuk menyunting artikel-artikel mengenai Final Fantasy, salah satu siri permainan video kegemaran saya. Ini dapat dilihat melalui sumbangan saya sejak tahun 2006, tetapi saya juga kadang-kala menyunting artikel-artikel yang tidak berkaitan langsung dengan siri permainan itu, jika saya kebosanan.

Memandangkan artikel mengenai siri permainan itu sangat kekurangan di sini, saya sedang merancang untuk menterjemah artikel-artikel tersebut kepada Bahasa Melayu. Saya akan cuba, tetapi saya tidak berjanji apa-apa.

Saya juga boleh ditemui di Final Fantasy Wikia, sebuah wiki tentang siri permainan tersebut. Apa-apapun, tengoklah nanti.

Ini adalah laman pengguna Wikipedia.

Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Bluerfn.

Wikimedia Foundation
Wikimedia Foundation
DAKU CUMA INSAN BIASA.