User (judul komik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
User
Kulit buku 'User' jilid 2 yang menampilkan Elan, Ngu, Mr. O, Miki dan Rina
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Majalah: Gempak
FormatHitam & Putih
GenreAksi
Drama
Tarikh penerbitan2009
Watak utamaElan
Pasukan kreatif
KaryaZint

User merupakan novel grafik yang dilukis oleh Zint dan disiarkan secara bersiri di majalah Gempak terbitan Kumpulan Art Square[1].User mengisahkan Elan yang secara tidak sengaja memesan sebuah permainan video yang bakal mengubah hidupnya.

Plot[sunting | sunting sumber]

User mengisahkan Elan yang bekerja secara sambilan sebagai game tester yang secara tidak sengaja telah memesan sebuah permainan video yang pelik. Elan telah dipilih untuk menyertai permainan 'Digital Gladiator' tersebut. Permainan tersebut boleh mengimbas seluruh tempat dan pergerakan musuh. Sesiapa yang berjaya mengumpul 35 jenis senjata dengan level yang tinggi akan menjadi 'Master Gladiator'.

Perlawanan pertama Elan ialah dengan seorang wanita yang bernama Miki. Miki telah kalah kedua-dua pusingan perlawanan tersebut dan Elan dapat mengumpul senjata yang dimiliki oleh Miki. Ngu pula ialah pencabar Elan yang seterusnya. Pada mulanya, Elan menolak cabaran tersebut, tetapi selepas mendengar kata-kata Ngu, dia berminat untuk berlawan dengannya. Pada pusingan pertama, Ngu telah berjaya mengalahkan Elan, dalam pusingan kedua dan ketiga pula, Ngu telah dikalahkan oleh Elan. Sekali lagi, Elan telah berjaya mengumpul senjata.

Selepas itu, Ngu selalu menganggu hidup Elan dan telah menjadi kawannya dalam permainan 'Digital Gladiator'.` Suatu hari, mereka pergi menonton perlawan Mr. O. Elan tertarik dengan kehebatan Mr. O dan telah mencabarnya untuk sebuah perlawanan. Mr. O menerima cabaran Elan. Mr. O telah berjaya memenangi kedua-dua perlawanan.

Keesokan hari, Elan keluar awal dari sekolah dan bersiar-siar di kawasan bandar. Seperti biasa, Ngu akan mengganggu Elan. Mereka berbincang tentang Rina, kawan Elan yang ditemuinya secara online. Selepas itu, mereka terjumpa Rina di sebuah restoran sebagai pelayan. Nama Natasha tertera di atas tanda nama pelayan tersebut, Elan pernah deberitahu nama penuh Rina iaitu Rina Natasha. Elan cuma mendiamkan diri apabila terjumpa Rina. Selepas mereka meninggalkan restoran tersebut, Elan dibawa ke sesuatu tempat oleh Ngu. Rupa-rupanya Ngu telah menjawab sebuah mesej yang diterima oleh Elan secara diam-diam. Pencabar Elan seterusnya ialah cikgu Rohan iaitu cikgu kelasnya sendiri. Sekali lagi, Elan telah memenangi perlawanan tersebut.

Akhirnya, musim cuti sekolah telah tiba. Elan membuat keputusan untuk berlatih supaya dapat mengalahkan Mr. O. Elan mencabar Joseph sebagai latihan untuk mengalahkan Mr. O. Seperti biasa, Elan telah memenangi perlawanan tersebut. Joseph yang tidak puas hati dengan kekalahan tersebut telah mengarahkan kawan-kawannya untuk menyerang Elan tetapi Elan telah diselamatkan oleh Ngu. Setakat ini, Elan telah berjaya mengumpul 27 senjata dan Ngu berjaya mengumpul 22 senjata. Seterusnya, mereka dijemput ke ibu pejabat 'Digital Gladiator'. Cik Marianne, CEO 'Digital Gladiator' sebuah cawangan syarikat yang bernama NEOMA. Mereka bersama beberapa pemain yang lain dijemput untuk dipilih menjadi duta 'Digital Gladiator' dan dipelawa menyertai roadshow, game demo, iklan TV dan macam-macam lagi.

Selepas itu, Karen, kawan kepada Rina telah hilang. Rina memberitahu Elan yang kawannya telah hilang. Sementara itu, Ngu berjumpa dengan kawannya di sebuah hospital. Kata kawannya itu, dia telah diserang oleh seorang wanita yang bernama Miki. Rina telah berkongsi gambar Karen secara online, Elan terkejut kerana Karen ialah pencabarnya yang pertama, Miki. Elan sedang cuba mencari Miki, sementara Ngu pergi untuk menyelamatkan Mr. O yang bakal diserang oleh Miki. Selepa itu, Ngu telah ditikam oleh Miki lalu mati. Sebelum mati, Ngu menyuruh Elan menyelamatkan Miki yang dikatakan mempunyai masalah psikologi disebabkan keluarganya. Selapas itu, Miki pergi mencari Rina. Kerana perasaan cemburu Rina telah diserang oleh Miki. Elan datang dengan segera untuk menyelamatkan Rina. Dengan rundingan, Elan berjaya menenangkan hati Miki. Miki atau Karen telah dimasukkan ke hospital selepas itu dan syarikat 'Digital Gladiator' terpaksa ditutup kerana kejadian tersebut.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 2014, 7th International Manga Award[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]