Usrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aktiviti usrah tidak terhad di masjid dan surau sahaja. Ia boleh juga diadakan di rumah.

Usrah (الأسرة) ditafsirkan sebagai perjumpaan yang melibatkan kegiatan agama Islam seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk.[1] Perkataan usrah berasal daripada perkataan bahasa Arab bermaksud "keluarga". Walaupun begitu, medium usrah tidak terhad kepada perbincangan sahaja. Terdapat medium yang lain seperti ziarah, aktiviti luar, masjid dan rumah.[2] Usrah adalah tapak asas kepada pembentukan tarbiyah individu muslim.

Usrah moden dipelopori oleh Imam Hassan al Banna ketika di awal penubuhan Ikhwan Muslimin.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembentukan usrah yang pertama dilaksanakan ialah oleh Rasulullah s.a.w., di rumah al-Arqam bin Abi Arqam di Makkah. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Beliau juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati, amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.[4]

Komponen usrah[sunting | sunting sumber]

Komponen usrah merangkumi empat:

  1. Naqib (lelaki) / Naqibah (perempuan)
  2. Anggota usrah
  3. Topik perbincangan atau silibus
  4. Aktiviti

Naqib ialah pemandu atau mentor bagi usrah. Anggota usrah ialah peserta bagi sesebuah usrah. Topik perbincangan ialah pengisian bagi usrah tersebut. Aktiviti ialah kegiatan di luar usrah.

Rukun usrah[sunting | sunting sumber]

Menurut Syeikh Muhammad Abduh di dalam bukunya Maza Ya'ni Intimai Li ad-Dakwah, menyatakan terdapat tiga rukun usrah[5] iaitu:

  1. At-Taaruf, iaitu berkenalan;
  2. At-Tafahum, iaitu bersefahaman;
  3. At-Takaful, iaitu saling membantu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ usrah Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
  2. ^ Membina usrah produktif (Siri 1). ISMAWeb.
  3. ^ Syed Faiz Syed Mahmad dan Yusry Yusopp. 2013. Tip & Trik Usrah. Bandar Baru Bangi: Pelima Media Sdn. Bhd.
  4. ^ Pengenalan Usrah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL
  5. ^ Bagaimana merealisasikan Rukun Usrah? ISMAWeb
  • Hassan Al Banna. Usrah dan Dakwah. Himpunan Risalah Pemuda Hassan Al Banna.