Uttsada Panichkul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uttsada Panichkul

Uttsada Panichkul atau lebih dikenali sebagai VJ Utt merupakan seorang VJ MTV. Utt yang mempunyai ketinggian 175 sentimeter dan seberat 60 kilogram ialah jejaka keturunan Cina Thailand yang dilahirkan di California, Amerika Syarikat. Dia menghadiri Universiti Northridge Negeri California sebelum memindahkan pengajiannya ke Universiti Assumption, Thailand. Dia mengambil kursus Sastera Komunikasi dengan pengkhususan dalam bidang pengiklanan.

Di Thailand, Utt pernah membintangi beberapa drama komedi dan drama bersiri seperti Chon Ra Mun Wun Rak (2005), Ku Rarb Ren Fai (2003), Ratamanee/220 (2002) dan Song Krum Dok Ruk Lead (2001). Beliau menjadikan Singapura sebagai rumahnya sejak lapan tahun lalu, Utt juga aktif berlakon di republik itu dalam drama Oh Carol 1 dan 2, Chase dan After Hours.

Sejak 2004, dia turut dikenali ramai menerusi program Incredible Tales, siri berkenaan kuasa ghaib dan cerita pelik ala Ripley’s Believe It or Not, di mana dia mewakili pelbagai kisah luar biasa dari beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.