V3 Samseng Jalanan
| Samseng Jalanan V3 | |
|---|---|
Poster promosi Samseng Jalanan V3. |
|
| Pengarah | Farid Kamil[1] |
| Syarikat penerbitan | Metowealth Movie Production |
| Penerbit | David Teo |
| Pengarang | Farid Kamil |
| Pengisah | Farid Kamil Shoffi Jikan |
| Lakonan | Farid Kamil Bront Palarae Aqasha Lisa Surihani Intan Ladyana |
| Pengedar | MIG Production Snd Bhd |
| Mula tayangan | 11 Mac 2010[2] |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Perbelanjaan | RM 1.72 Juta[3] |
| Pulangan kasar | Rm 3.82 Juta[4] |
| Didahului oleh | Remp-It |
V3 Samseng Jalanan atau "Remp-it V3" ialah sebuah filem Malaysia arahan Farid Kamil yang diterbitkan oleh MIG Production Snd Bhd. Filem ini hasil lakonan Farid Kamil, Bront Palare dan Aqasha. Filem ini menjadi kontroversi kerana mempunyai banyak unsur tidak sihat & tidak menjadi pengajaran kepada samseng jalanan yang semakin berleluasa di Malaysia. Hampir 20% filem ini dipotong.[perlu rujukan]
Isi kandungan |
[sunting] Tajuk
Tajuk asal ini ialahRemp-it V3. Tetapi atas pengharaman penggunaan perkataan 'Mat Rempit', tajuk filem ini ditukar menjadi V3 Samseng Jalanan.
[sunting] Plot
REMP-IT V3 memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka. Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju. Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.[5]
[sunting] Lakonan
- Farid Kamil - Rudy (Pelakon Utama)
- Bront Palarae - Brett (Pelakon Utama)
- Aqasha - Garing (Pelakon Utama)
- Radhi OAG - Lan Ribut (Pelakon Pembantu)
- Intan Ladyana - Lisa (Pelakon Pembantu)
- Lisa Surihani - Kamsah (Pelakon Pembantu)
- Shaharuddin Thamby - Ramlee (Pelakon Pembantu)
- Wan Nor Azlin - Rosnah (Pelakon Pembantu)
- Adam Corrie - Sam Seng (Pelakon Pembantu)
- Shah Kassim - Yeop (Pelakon Pembantu)
- Mohd Hafiz - Shah (Pelakon Pembantu)
[sunting] Kontroversi
[sunting] Penonjolan budaya samseng jalanan
Filem ini hampir diharamkan oleh Kementerian Perpaduan,Kesenian dan Kebudayaan kerana menunjukkan budaya rempit atau samseng jalanan di layar perak. Perkara ini telah menyentap perasaan pengarah dan pelakon utama filem ini,Farid Kamil. Pihak Farid Kamil dan syarikat yang menerbitkan filem ini telah membuat beberapa kali rayuan. Akhirnya filem ini dapat ditayangkan.[6]
[sunting] Poster promosi
Penggunaan poster promosi filem ini tidak mendapat kelulusan Finas untuk tujuan pameran. Ini kerana poster tersebut menunjukan imej yang kurang sesuai dipersembahkan dikhalayak ramai terutamanya kanak-kanak.[7]
[sunting] Ulasan
Nur Safina Othman bagi pihak Tupai.com.my memberi 3/5 bintang kepada filem V3 Samseng Jalanan, dengan menekankan "jalan cerita yang dilihat lebih berat dan serius … lebih sarat dengan aksi yang lebih berani dan mendebarkan", tambahan pula lakonan Farid Kamil yang disifatkannya seolah-olah 'mat rempit sejati', tambahan pula mutu lakonan Lisa Surihani 'di luar jangkaan' sebagai antagonis.[8]
Ulasan dalam sisipan B*Pop Berita Minggu pula menyatakan "Luahan gejolak jiwa remaja turut diterjemahkan menerusi dialog barisan pelakonnya yang jelas menggambarkan kehidupan anak muda yang terbabit dalam aktiviti lumba haram … suntingan sehingga 20% daripada salinan asal tidak menjejaskan keseluruhan perjalanan V3: Samseng Jalanan"; tidak lupa memuji keberkesanan lakonan barisan pelakon, khususnya Farid selaku pemegang watak utama dan Lisa Surihani yang turut dianggap 'luar biasa', tetapi mengeluh sedikit kekuarangan dari segi pembinaan watak serta struktur naratif filem yang 'tidak ketara'.[9]
[sunting] Sambutan
Pada minggu tayangan pertamanya (11 hingga 14 Mac), filem V3:Samseng Jalanan telah mengumpul sebanyak RM 2 juta, termasuk RM589,000 pada hari pertama[10] yang mengatasi kutipan empat hari Adnan Sempit, juga terbitan Metrowealth, yang hanya mencapai RM 500,000 pada hari pertamanya; tetapi hanya mampu menduduki tempat kedua carta kutipan di belakang Alice in Wonderland.[11]
Selepas dua minggu di pawagam, filem ini dilaporkan telah mengumpul sejumlah RM3.8 juta[10], satu pencapaian yang dikira membanggakan untuk filem arahan sulung Farid Kamil, apatah lagi berlabel 18-PL.
[sunting] Pencapaian
[sunting] Festival Filem Malaysia ke-23
- Penataan Bunyi Terbaik-Brian Ng(Menang)
- Skor Muzik Terbaik-Brian Ng(Pencalonan)
- Penyunting Terbaik-Brian Ng(Pencalonan)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Bront Palare(Pencalonan)
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik-Lisa Surihani(Pencalonan)
- Poster Terbaik(Pencalonan)
- Pengarah Harapan-Farid Kamil(Pencalonan)
- Pengarah Terbaik - Farid Kamil (Pencalonan)
[sunting] Rujukan
- ↑ http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2010.6307.v3samsengjalanan.11781
- ↑ V3 Samseng Jalanan (2010) - Movie Yahoo! Malaysia Movies
- ↑ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2010
- ↑ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2010
- ↑ Remp-It_V3 di Sinema Malaysia
- ↑ http://ohartis.com/2009/07/remp-it-v3-diharamkan/
- ↑ http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Teropong/20090809122942/Article/
- ↑ Ulasan V3: SAMSENG JALANAN, Tupai.com.my, 1 Mac 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010
- ↑ "V3: Samseng Jalanan papar aksi berani", B*Pop (Berita Minggu), 28 Februari 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010.
- ↑ 10.0 10.1 Nurulhisham Abdul Latiff. "RM3.8 juta untuk filem V3", Berita Harian, 30 Mac 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010.
- ↑ Lai Swee Wei. "Alice dominates box office", Cinema Online, 15 Mac 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010.