Val d'Or, Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Val d'Or merupakan sebuah pekan ataupun perkampungan yang lebih besar di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Valdor ini terletak berhampiran Sungai Bakap. Ia terletak di Seberang Perai Selatan. Valdor juga merupakan sebuah tempat yang berkependudukan. Ia terletak di tengah-tengah pekan Bukit Tambun, perkampungan ataupun pekan Jawi dan pekan Nibong Tebal dan juga terletak di tepi lebuhraya utama yang besar iaitu Lebuhraya Pulau Pinang-Ipoh dan juga Lebuhraya Utara-Selatan di bahagian Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Perjalanan dari Valdor ke Butterworth dan Pulau Pinang cuma mengambil masa kira-kira 20 dan 35 minit sahaja dengan melalui Lebuhraya PLUS. Bayaran tol dari Valdor ke Butterworth melalui Lebuhraya PLUS persimpangan Bukit Tambun adalah cuma berjumlah sebanyak RM 1.10 sahaja. Perjalanan penduduk Valdor untuk sampai di Lebuhraya PLUS persimpangan plaza tol Jawi juga terletak kira-kira 6 km sahaja dan pergi ke Kuala Lumpur.


5°15′U 100°30′T / 5.25°U 100.5°T / 5.25; 100.5