Valentino Rossi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Valentino Rossi

Valentino Rossi
Nama samaran Rossifumi, Valentinik, The Doctor
Kewarganegaraan Itali Itali
Tarikh lahir (1979-02-16) 16 Februari 1979 (umur 45)
Tempat lahir    Urbino, Itali
Laman rasmi fanclubvalentinorossi.com
Rekod MotoGP
Pasukan Pasukan Fiat Yamaha
# Motosikal 46
Kejuaraan Dunia 125cc - 1997
250cc - 1999
500cc - 2001
MotoGP - 2002, 2003, 2004, 2005, 2008, 2009,
Perlumbaan 372
Kemenangan 89
Podium 199
Petak pertama 55
Pusingan terpantas 76
Mata kejuaraan 5415
Kedudukan 2021 18th (44 mata)

Valentino Rossi (lahir 16 Februari 1979[1] di Urbino) adalah seorang pelumba motosikal profesional berbangsa Itali serta juara dunia berbilang kali di dalam kejohanan MotoGP. Beliau adalah salah seorang daripada pelumba motosikal paling berjaya sepanjang zaman, dengan 8 kali gelaran juara dunia acara MotoGP. Pada tahun 2006, beliau terlepas gelaran ke-8 beliau kepada Nicky Hayden, dan tahun seterusnya pula dengan Casey Stoner. Menurut Sports Illustrated, Rossi adalah atlet sukan dengan pendapatan ke-7 tertinggi di dunia, dan kedua di luar Amerika Syarikat, dengan pendapatan lebih kurang AS$30 juta setahun.[2]

Mengikuti jejak langkah ayahnya, Graziano Rossi, Rossi mula berlumba di dalam Grand Prix Motosikal pada tahun 1996 untuk pasukan Aprilia dalam kategori 125 cc dan memenangi kejohanan sulung beliau pada tahun berikutnya. Dari situ, beliau beralih ke kategori 250 cc, sekali lagi dengan Aprilia, dan memenangi kejuaraan seterusnya pada tahun 1999. Beliau memenangi gelaran juara 500 cc dengan mesin Honda pada tahun 2001 dan seterusnya kategori MotoGP (juga dalam pasukan Honda) pada musim 2002 and 2003, dan seterusnya beralih ke pasukan Yamaha di mana beliau memenangi dua lagi gelaran juara dunia pada musim 2004, 2005 dan 2008.

Tahun-tahun terawal[sunting | sunting sumber]

Valentino Rossi dilahirkan di Urbino. Anak kepada Graziano Rossi, bekas pelumba motosikal, beliau mula menunggang motosikal pada usia yang sangat muda.[3]

Rossi pada awalnya gemar berlumba go-kart hasil galakan ibunya Stefania yang bimbang akan keselamatan Valentino. Beliau memenangi kejuaraan kart tempatan pada tahun 1990.[4] Kemudian, beliau mula berlumba minimoto dan memenangi pelbagai kejohanan menjelang penghujung 1991.[5]

Seterusnya Rossi mula beralih kepada perlumbaan motosikal, bermula dengan sebuah Cagiva Mito pada tahun 1993. Walaupun prestasinya pada musim sulungnya di dalam Kejuaraan Sukan Pengeluaran Itali berubah-ubah, beliau memenangi petak pertama dalam perlumbangan akhir di Litar Misano di mana beliau memenangi podium. Pada tahun seterusnya, beliau menjadi pelumba pasukan kilang Cagiva dan memenangi kejuaraan tersebut.

Era Grand Prix Motosikal[sunting | sunting sumber]

Rossi mula menyertai kategori 125 cc Grand Prix Motosikal pada tahun 1996 dengan penyertaan sulung beliau di Litar Batu Tiga, Shah Alam, Malaysia, dan seterusnya menjuarai GP Republik Czech di Brno pada tahun yang sama. Beliau memenangi kategori 125 cc pada tahun 1997.

Pada tahun 1998, beliau beralih ke kategori 250 cc di mana beliau memenangi tempat kedua keseluruhan, dengan hanya tiga sahaja mata di belakang Loris Capirossi. Beliau memenangi kategori 250 cc setelah memenangi 9 perlumbaan pada musim 1999.

Rossi beralih ke kategori 500 cc pada tahun 2000 serta beralih pasukan dari Aprilia ke Honda. Pada musim pertamanya bersama pasukan Honda, beliau sempat berguru dengan bekas juara dunia Mick Doohan serta mendapat khidmat Jeremy Burgess sebagai ketua mekanik. Dengan berbekalkan motosikal Honda NSR500, beliau memenangi kategori tersebut pada tahun 2001.

Tahun 2002 menyaksikan satu perubahan besar di dalam MotoGP di mana kelas tertinggi 500 cc 2 lejang digantikan dengan kelas MotoGP dengan motosikal 4 lejang. Dengan motosikal baru Honda RC211V, Rossi menjadi juara untuk dua musim seterusnya sebelum beralih ke pasukan Yamaha pada tahun 2004.

Pada awalnya, peralihan Rossi ke pasukan Yamaha mendapat kritikan hebat di kalangan media dan juga peminat, dengan tanggapan "perlumba terbaik sudah berpisah dengan motosikal terbaik". Namun Rosi menyangkal tanggapan tersebut dengan menjuarai musim 2004 dan 2005.

Pada musim 2006 dan 2007 pula, Rossi sering menghadapi masalah dengan motosikalnya sehingga menyebabkan beliau gagal menjuarai musim 2006 daripada terlepas ke tangan Nicky Hayden. Tahun berikutnya, beliau menyalahkan tayar Michelin yang digunakannya sebagai punca kekalahannya pada musim 2007. Akibatnya, beliau beralih menggunakan tayar Bridgestone manakala rakan sepasukannya pula kekal menggunakan tayar Michelin.

Rancangan masa depan[sunting | sunting sumber]

Terdapat khabar angin yang menyatakan kononnya Rossi akan beralih ke perlumbaan kereta dalam masa beberapa tahun akan datang. Kebanyakan khabar angin berkisar mengenai khabar angin Rossi akan berpindah ke perlumbaan Formula Satu dan perlumbaan ujiannya dengan pasukan Ferrari mendapat liputan media meluas.

Kali terakhir Rossi memandu uji kereta F1 Ferrari adalah pada tahun 2006 iaitu pada 31 Januari, 1 Februari dan 2 Februari di Valencia.[6] Di dalam sesi pandu uji tersebut, Michael Schumacher memuji bakat yang ada pada Rossi dan mengatakan beliau mampu beralih ke Formula Satu dan segera boleh memberikan saingan yang sengit.

Pada 24 Mei 2006, Rossi mengumumkan bahawa beliau akan terus berlumba dalam MotoGP sehingga beliau merasakan karier motosikalnya sudah "berakhir". Pemandu Ferrari Schumacher berasa agak sedih dengan keputusan Rossi tetapi terus menyokongnya. Seterusnya Rossi menandatangani kontrak dua tahun berturut-turut dengan Yamaha untuk musim 2007-2008.

Rossi juga meminati sukan rali melebihi daripada minatnya di dalam F1. Penyertaannya di dalam sukan rali ialah pada tahun 2002 untuk kejohanan WRC Rali Great Britain, di mana beliau mengalami kemalangan semasa peringkat kedua. Seterusnya beliau berlumba dengan menggunakan kereta Subaru Impreza semasa Rali Monza pada November 2005.

Apa pun, Rossi membuat keputusan untuk kekal di dalam sukan MotoGP; "Saya masih mempunyai kontrak dengan Yamaha sehingga tahun 2008," kata Rossi. "Bila semuanya selesai, kita tengok dulu. Apa yang pasti, saya akan terus berlumba sehingga saya berumur 31 atau paling tua pun 32 tahun. Saya akan cuba mencari perangsang baru dalam beberapa musim akan datang, tetapi buat masa sekarang saya mempunyai motivasi diri sepenuhnya."[7]

Prestasi[sunting | sunting sumber]

1985 Go-kart pertama.

1989 Penyertaan sulung dalam perlumbaan kart 60cc.

1990 Juara kejuaraan kart tempatan 60cc, menang sembilan kali.

1991 Peringkat 5 di Kejuaraan Junior go-kart Itali ; beralih ke perlumbaan minimoto.

1992 Juara Italian minibike Endurance.

1993 Peringkat 12 Kejuaraan Pengeluaran Sukan 125 cc Itali, dengan motor Cagiva.

1994 Juara Kejuaraan Pengeluaran Sukan 125 cc Itali, dengan motor Cagiva.

1995 Juara kebangsaan Itali 125cc; peringkat 3 125cc Kejuaraan Eropah; peringkat 11 di Kejuaraan, Terbuka Sepanyol 125cc semuanya dengan motor Aprilia.

1996 Peringkat 9 Grandprix 125cc, Scuderia AGV, peringkat 10 kejuaraan Eropah 125cc dengan motor Aprilia.

1997 Juara Dunia Grandprix 125cc, Nastro Azzurro Aprilia, Meraih 11 kemenangan dari 15 perlumbaan, termasuk menjuarai GP di Litar Sentul, Indonesia.

1998 Naib Juara Grandprix 250cc, Nastro Azzurro Aprilia.

1999 Juara Dunia Grandprix 250cc, Aprilia Grand Prix.

2000 Naib Juara Grandprix 500cc, Nastro Azzurro Honda.

2001 Juara Dunia Grandprix 500cc, Nastro Azzurro Honda.

2002 Juara dunia MotoGP, Pasukan Repsol Honda.

2003 Juara dunia MotoGP, Pasukan Repsol Honda.

2004 Juara dunia MotoGP, Pasukan Gauloises Fortuna Yamaha.

2005 Juara dunia MotoGP, Pasukan Gauloises Yamaha.

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Mengikum musim[sunting | sunting sumber]

Musim Kelas Moto Perlumbaan Menang Podium Petak pertama Psgn t'pnts Mata Plcd WCh
1996 125cc Aprilia RS125 15 1 2 1 2 111 ke-9 0
1997 125cc Aprilia RS125 15 11 13 4 7 321 Pertama 1
1998 250cc Aprilia RS250 14 5 9 0 3 201 ke-2 0
1999 250cc Aprilia RS250 16 9 12 5 8 309 Pertama 1
2000 500cc Honda NSR500 16 2 10 0 5 209 ke-2 0
2001 500cc Honda NSR500 16 11 13 4 10 325 Pertama 1
2002 MotoGP Honda RC211V 16 11 15 7 9 355 Pertama 1
2003 MotoGP Honda RC211V 16 9 16 9 12 357 Pertama 1
2004 MotoGP Yamaha YZR-M1 16 9 11 5 3 304 Pertama 1
2005 MotoGP Yamaha YZR-M1 17 11 16 5 6 367 Pertama 1
2006 MotoGP Yamaha YZR-M1 17 5 10 5 4 247 ke-2 0
2007 MotoGP Yamaha YZR-M1 18 4 8 4 2 241 ke-3 0
2021 MotoGP Yamaha YZR-M1 7 0 0 0 0 15 ke-19* 0
Jumlah 183 87 133 49 71 3245 7

Mengikut kelas[sunting | sunting sumber]

Kelas Musim GP pertama Podium pertama Kemenangan pertama Lumba Menang Podium Petak pertama Psgn t'pnts Mata WChmp
125 cc 1996-1997 1996 Malaysia 1996 Austria 1996 Czech Rep. 30 12 15 5 9 432 1
250 cc 1998-1999 1998 Japan 1998 Spain 1998 Dutch 30 14 21 5 11 510 1
500 cc 2000-2001 2000 South Af. 2000 Spain 2000 British 32 13 23 4 15 534 1
MotoGP 2002- 2002 Japan 2002 Japan 2002 Japan 329 76 176 51 61 4852 6
Jumlah 1996-2006 421 115 235 65 96 6328 9

Mengikut tahun[sunting | sunting sumber]

(petunjuk) (Perlumbaan yang ditebalkan menandakan kedudukan petak pertama) (Perlumbaan yang dicondongkan menandakan pusingan terpantas)

Thn Kelas Pasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Ked. t'akhir Mata
1996 125 cc Aprilia Malaysia MAL
6
Indonesia IND
11
Jepun JPN
11
Sepanyol SPA
4
Itali ITA
4
Perancis FRA
Ret
Belanda DUT
Ret
Jerman GER
5
United Kingdom GBR
Ret
Austria AUT
3
Republik Czech CZE
1
San Marino IMO
5
Catalonia CAT
Ret
Brazil BRA
Ret
Australia AUS
14
9th 111
1997 125 cc Aprilia Malaysia MAL
1
Jepun JPN
Ret
Sepanyol SPA
1
Itali ITA
1
Austria AUT
2
Perancis FRA
1
Belanda DUT
1
San Marino SMR
1
Jerman GER
1
Brazil BRA
1
United Kingdom GBR
1
Republik Czech CZE
3
Catalonia CAT
1
Indonesia IND
1
Australia AUS
6
1st 321
1998 250 cc Aprilia Jepun JPN
Ret
Malaysia MAL
Ret
Sepanyol SPA
2
Itali ITA
2
Perancis FRA
2
MAD
Ret
Belanda DUT
1
United Kingdom GBR
Ret
Jerman GER
3
Republik Czech CZE
Ret
San Marino SMR
1
Catalonia CAT
1
Australia AUS
1
Argentina ARG
1
2nd 201
1999 250 cc Aprilia Malaysia MAL
5
Jepun JPN
7
Sepanyol SPA
1
Perancis FRA
Ret
Itali ITA
1
Catalonia CAT
1
Belanda DUT
2
United Kingdom GBR
1
Jerman GER
1
Republik Czech CZE
1
San Marino SMR
2
Komuniti Valencia VAL
8
Australia AUS
1
Afrika Selatan SAF
1
Brazil BRA
1
Argentina ARG
3
1st 309
2000 500 cc Honda Afrika Selatan SAF
Ret
Malaysia MAL
Ret
Jepun JPN
11
Sepanyol SPA
3
Perancis FRA
3
Itali ITA
12
Catalonia CAT
3
Belanda DUT
6
United Kingdom GBR
1
Jerman GER
2
Republik Czech CZE
2
Portugal POR
3
Komuniti Valencia VAL
Ret
Brazil BRA
1
PAC
2
Australia AUS
3
2nd 209
2001 500 cc Honda JPN
1
SAF
1
SPA
1
FRA
3
ITA
Ret
CAT
1
DUT
2
GBR
1
GER
7
CZE
1
POR
1
Komuniti ValenciaVAL
11
PAC
1
AUS
1
MAL
1
BrazilBRA
1
1st 325
2002 MotoGP Honda JPN
1
SAF
2
SPA
1
FRA
1
ITA
1
CAT
1
DUT
1
GBR
1
GER
1
CZE
Ret
POR
1
BrazilBRA
1
PAC
2
MAL
2
AUS
1
Komuniti Valencia VAL
2
1st 355
2003 MotoGP Honda JPN
1
SAF
2
SPA
1
FRA
2
ITA
1
CAT
2
DUT
3
GBR
3
GER
2
CZE
1
POR
1
BrazilBRA
1
PAC
2
MAL
1
AUS
1
Komuniti ValenciaVAL
1
1st 357
2004 MotoGP Yamaha SAF
1
SPA
4
FRA
4
ITA
1
CAT
1
DUT
1
BrazilBRA
Ret
GER
4
GBR
1
CZE
2
POR
1
JPN
2
QAT
Ret
MAL
1
AUS
1
Komuniti Valencia VAL
1
1st 304
2005 MotoGP Yamaha SPA
1
POR
2
CHN
1
FRA
1
ITA
1
CAT
1
NED
1
USA
3
GBR
1
GER
1
CZE
1
JPN
Ret
MAL
2
QAT
1
AUS
1
TUR
2
Komuniti ValenciaVAL
3
1st 367
2006 MotoGP Yamaha SPA
13
QAT
1
TUR
4
CHN
Ret
FRA
Ret
ITA
1
CAT
1
NED
8
GBR
2
GER
1
USA
Ret
CZE
2
MAL
1
AUS
3
JPN
2
POR
2
Komuniti Valencia VAL
13
2nd 247
2007 MotoGP Yamaha QAT
2
SPA
1
TUR
10
CHN
2
FRA
6
ITA
1
CAT
2
GBR
4
NED
1
GER
Ret
USA
4
CZE
7
RSM
Ret
POR
1
JPN
13
AUS
3
MAL
5
Komuniti Valencia VAL
Ret
3rd 241
2008 MotoGP Yamaha QAT
5
SPA
2
POR
3
CHN
1
FRA
1
ITA
1
CAT
2
GBR
2
NED
11
GER
2
USA
1
CZE
1
SMR
1
IND
1
JPN
1
AUS
2
MAL
1
Komuniti Valencia VAL
3
1st 373

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MotoGP Riders". MotoGP. Dicapai pada 2007-11-24.
  2. ^ SI.com - The Fortunate 50
  3. ^ "MotoGP - Valentino Rossi - Yamaha Racing". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-05. Dicapai pada 2008-04-04.
  4. ^ "MotoGP - Valentino Rossi - Yamaha Racing". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-05. Dicapai pada 2008-04-04.
  5. ^ "MotoGP - Valentino Rossi - Yamaha Racing". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-05. Dicapai pada 2008-04-04.
  6. ^ "Soup :: Rossi Faster On Four Wheels". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-20. Dicapai pada 2008-04-04.
  7. ^ German GP - Rossi to quit in 2010 - Yahoo! Eurosport UK

Pautan luar[sunting | sunting sumber]