Varistor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Varistor oksida logam 385-volt

Varistor ialah sejenis komponen elektronik yang berfungsi mengalirkan arus berlebihan apabila voltan melonjak berlebih-lebihan. Namanya merupakan portmanteau variable resistor. Ciri arus–voltannya tidak bersifat ohm.

Varistor oksida logam[sunting | sunting sumber]

Jenis paling biasa varistor ialah varistor oksida logam (metal oxide varistor, MOV). MOV sering digunakan sebagai komponen utama untuk sistem pelindung kilat. MOV disambung selari pada sistem pendawaian di rumah. Banyak peralatan elektronik dan pelindung pusuan menggunakan komponen ini.

Cara berfungsi:

Dalam keadaan biasa MOV berintangan tinggi, apabila disambar kilat MOV berintangan rendah untuk seketika (mikro atau nanosaat). Apabila arus lampau daripada kilat atau pusuan datang kepada mesin, MOV akan membenarkan arus ini untuk terus mengalir ke Bumi.