Varnado Simpson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Varnado Simpson adalah seorang anggota tentera Amerika yang terlibat dalam Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai pada 16 Mac, 1968.

Simpson menyertai Tentera Amerika dalam tahun 1967 ketika berumur 18 tahun. Selepas menjalani latihan asas ketenteraan, beliau ditugaskan di Vietnam dalam tahun 1968. Dia dihantar bertugas di kompeni “C”, Batalion Pertama, Rejimen ke-20 Infantry di bawah pimpinan Kapten Ernest Medina.

Simpson berada di My Lai 4 pada 16 Mac, 1968 dan turut serta membunuh orang-orang awam bukan penempur. Dia membunuh sekurang-kurangnya 8 orang pada hari tersebut, termasuk seorang ibu dan bayinya. Dalam tahun 1989, semasa temu duga oleh Michael Bilton dan Kevin Sim, Vernado Simpson mengaku membunuh kira-kira 25 orang dan menyiat kulit kepala mangsa dan mencacatkan mayat mangsa. [1]

Anak Simpson berumur 10 tahun mati tertembak di laman rumahnya semasa pergaduhan di antara dua orang remaja berjiran. Simpson keluar dan memangku anaknya. Anaknya mati dalam pangkuan Simpson, Simpson mengatakan kematian anaknya adalah sebagai balasan perbuatannya di My Lai.

Dalam tahun 1982, Simpson dimasukkan ke Hospital Hal Ehwal Veteran di Jackson, Mississippi kerana mengalami paranoia selepas mengingati perbuatan beliau di My Lai, dan takutkan pendudukan kampung yang mati akan kembali untuk mengambil dendam terhadapnya. Simpson dijumpai mati di rumahnya dalam tahun 1997 berikut percubaan kali keempat membunuh diri. Dan juga abangmanuk besabung dengan ayamnya sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Michael Bilton & Kevin Sim, Four Hours in My Lai. Penguin Books, 1992.