Vaxholm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Vaxholm adalah sebuah bandar di kepulauan Stockholm, Sweden tengah. Kawasan ini mempunyai penduduk seramai 4,887 orang dan merupakan pusat bandar.

Nama Vaxholm berasal dari Istana Vaxholm, yang dibinapada tahun 1549 di sebuah pulau kecil untuk tujuan pertahanan, oleh Raja Gustav Vasa.

Bandar Vaxholm didirikan pada tahun 1558, ketika Raja Gustav Vasa membeli beberapa kawasan pertanian dari Putera Per Brahe. Kemudian, daerah ini menerima hak kota sebagai bandar dagang (köping) dan pada tahun 1652 dianugerahi Piagam Kerajaan. Lambang yang dirancang mengingatkan pada kubu dan industri perkapalan.

Selama abad ke-19, kota ini berkembang. Pada tahun 1880-an, kota ini menjadi kawasan terkenal, dan banyak rumah musim panas dari kayu dibina oleh orang-orang Stockholm.

Sebelum 1912, keizinan untuk membina rumah dengan bahan selain daripada kayu diberikan yang terus memberi bandar ini pemandangan yang berbeza.

Panorama Vaxholm

Angka penduduk[sunting | sunting sumber]

  • 1762: sekitar 600
  • 1810: 987
  • 1815: 1.077
  • 1840: 921
  • 1917: 3.322
  • 2006: 4.887 [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

59°25′N 18°19′E / 59.417°U 18.317°T / 59.417; 18.317