Velodrom Laoshan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Velodrom Laoshan merupakan velodrom yang terletak di Laoshan, Wilayah Shijingshan, Beijing, China. Ia dibina untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2008, venue ini telah diuji ketika Piala Dunia Trek UCI pada Disember 2007.[1]

Velodrom ini akan menganjurkan disiplin lumba basikal (trek) ketika Olimpik berlangsung. Ia mempunyai muatan 6,000 tempat duduk penonton, 250-meter trek berbentuk jorong, dan keseluruhannya meliputi keluasan 32,920 meter persegi.

Velodrom Laoshan akan digunakan untuk kejohanan lumba basikal peringkat antarabangsa dan kebangsaan dan sebagai tempat latihan selepas Sukan Olimpik tamat. Kapasiti tempat duduk mungkin akan dikurangkan kepada 3,500.

Velodrom ini direka oleh Schuermann Architects, yang dikenali ramai dengan rekaannya ke atas venue bertaraf dunia. Contohnya termasuk ADT Event Center di Carson, CA and the UCI Cycling Center di Aigle, Switzerland.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Report of the event on CyclingNews.com, 2007-12-09

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 39°54′46.78″N, 116°12′26.65″E