Vicente Fox

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vicente Fox
Presiden Mexico
Dalam jawatan
1 Disember 2000 – 30 November 2006
Didahului olehErnesto Zedillo
Digantikan olehFelipe Calderón
Butiran peribadi
LahirVicente Fox Quesada
(1942-07-02) 2 Julai 1942 (umur 81)
San Francisco del Rincon, Guanajuato, Mexico
Parti politikParti Tindakan Kebangsaan (PAN)
PasanganLilian de la Concha
(m. 1969–1990, bercerai)
Marta Sahagún
(m. 2001–sekarang)
Alma materUniversidad Iberoamericana
Harvard Business School
PekerjaanAhli perniagaan; Ahli politik
Tandatangan

Vicente Fox Quesada (Sebutan Sepanyol: [biˈsente ˈfoks keˈsaða]; lahir 2 Julai 1942) merupakan ahli perniagaan Mexico dan menjawat sebagai Presiden Mexico dari 1 Disember 2000 hingga 30 November 2006 di bawah Parti Tindakan Kebangsaan (PAN).[1]

Vicente telah dipilih sebagai Presiden Mexico pada pilihan raya presiden 2000, yang bersejarah yang menjadikan beliau presiden pertama yang dipilih dari sebuah parti pembangkang sejak Francisco I. Madero pada tahun 1910 dan presiden pertama dalam 71 tahun yang menang dengan undi majoriti sebanyak 42 peratus, mengalahkan Parti Revolusi Institusi (PRI).[2]

Selepas berkhidmat sebagai presiden Mexico selama enam tahun, Presiden Fox kembali ke negeri kelahirannya Guanajuato, di mana beliau tinggal bersama isteri dan keluarganya. Sejak meninggalkan jawatan presiden, Vicente Fox telah terlibat dalam pengucapan awam dan pembinaan Pusat Pengajian, Perpustakaan dan Muzium Vicente Fox.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="cdi">Who's Who Diarkibkan 2013-12-02 di Wayback Machine at CDI-IDC
  2. ^ name="bbc-election-2000">Milner, Kate (2000-07-02). "End of era for all-powerful party". BBC News. Dicapai pada 2008-11-28.
  3. ^ es:CentroFox.org.mx