Vila Ghazara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vila Ghazara
Genre
Pencipta
  • Wira Hijau
  • Amy Aimi
Ditulis oleh
  • Zulfkifli Ahmad
  • Norimy Omar
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Mohd Kasturi Rasul
  • Zaidi Mat Zin
PenerbitAzlan Shah Jaffril
Tempoh siaran40–41 minit
Syarikat penerbitan
Excellent Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal17 September 2018 – 9 November 2018
Kronologi
MengikutiCinta Bukan Kristal
Diikuti olehSeribu Rindu

Vila Ghazara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda, Aidil Aziz, dan Hafeez Mikail.[1] Premis cerita ini bertumpu kepada konflik kekeluargaan yang dihadapi oleh sebuah keluarga elit. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 17 September 2018 hingga 9 November 2018 menggantikan Cinta Bukan Kristal.[2][3][4]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri / Ghaz, seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah / Zara. Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain.

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alia (Puteri Rafasya) yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia.

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Arianna (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Arianna dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Arianna kerana Arianna pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan membibitkan rasa cinta? 

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Vila Ghazara (TV3) My Infotaip (1 Oktober 2018). Dicapai pada 1 Oktober 2018.
  2. ^ Ruzaini Haji Daud (22 September 2018). Konflik kekeluargaan dalam Villa Ghazara Media Permata. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
  3. ^ Budiey (16 September 2018). Sinopsis drama TV3 Vila Ghazara Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 September 2018.
  4. ^ Salma Syahbuddin (17 September 2018). Drama Terbaharu Vila Ghazara Penuh Konflik XTRA. Dicapai pada 17 September 2018.
  5. ^ Vila Ghazara (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 9 November 2018.
TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 Petang
Sebelumnya Vila Ghazara Berikutnya
Cinta Bukan Kristal Seribu Rindu