Vilfredo Pareto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vilfredo Pareto

Vilfredo Federico Damaso Pareto (IPA: [vil'fre:do pa're:to]; 15 Julai, 184819 Ogos, 1923), atau Fritz Wilfried Pareto, adalah merupakan seorang ahli sosiologis, ekonomi, dan falsafah Itali. Beliau menemukan banyak sumbangan-sumbangan penting, terutamanya dalam kajian pengagihan pendapatan dan analisis pilihan individu. Beliau merupakan orang yang memperkenalkan konsep kecekapan Pareto dan telah membantu membangunkan bidang ekonomi mikro.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Pareto dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan Genoa dalam buangan pada 1848 di Paris, yang merupakan pusat revolusi popular pada tahun itu. Bapa beliau, Raffaele Pareto (1812–1882), adalah seorang jurutera awam berbangsa Itali, manakala ibu beliau, Marie Metenier, berasal dari Perancis. Teruja dengan revolusi Jerman pada 1848, ibubapa beliau telah menamakan beliau sebagai Fritz Wilfried, yang mana kemudian menjadi Vilfredo Federico setelah keluarga beliau kembali semula ke Itali pada 1858.[1] Semasa zaman kecilnya, Pareto tinggal dipersekitaran kelas pertengahan, dan telah menerima taraf pendidikan yang tinggi. Pada 1867, beliau telah memperolehi ijazah dalam bidang sains matematik dan pada 1870, mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari (kini Universiti Politeknik Turin). Disertasi beliau bertajuk "The Fundamental Principles of Equilibrium in Solid Bodies". Minat beliau dalam analisis persamaan di dalam ekonomi dan sosialogi boleh didapati di dalam kertas kerja ini.

Selepas beberapa tahun mendapat ijazah, beliau telah bekerja sebagai jurutera awam, pada kali pertama dengan syarikat keretapi yang dimiliki oleh kerajaan Itali dan kemudian dengan industri swasta. Meanwhile, he became increasingly interested in social and economic problems. Pada 1886, beliau menjadi pensyarah ekonomi dan pengurusan di Universiti Florence. Semasa tinggal di Florence, beliau telah melibatkan diri dalam aktiviti politik, kebanyakan didorong oleh perasaan kecewa beliau terhadap pengatur-pengatur kerajaan. Pada 1889, selepas kematian ibubapa beliau, Pareto telah menukar cara hidupnya, berhenti kerja dan mengahwini seorang gadis Rusia, Alessandrina Bakunin. Beliau mula menulis banyak rencana polemik yang menentang kerajaan, yang mana kemudian mendatangkan banyak masalah kepada beliau.

Pada 1893, beliau telah dilantik sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Lausanne, Switzerland di mana beliau tinggal sepanjang hidupnya. Pada 1906, beliau telah membuat satu pemerhatian yang terkenal, di mana 20% penduduk Itali memiliki 80% kekayaannya. Teori ini kemudian disimpulkan oleh Joseph M. Juran dan lain-lainnya sebagai Prinsip Pareto (juga dikenali sebagai Peraturan 80-2) dan kemudian dilanjutkan lagi menjadi konsep Taburan Pareto.

Beliau telah meninggal dunia di Geneva, Switzerland pada 19 Ogos, 1923.

Peraturan-peraturan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Beberapa peraturan-peraturan ekonomi berdasarkan hasil kerja beliau adalah :

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Dalam buku beliau Trattato di Sociologia Generale (1916, alih ke Bahasa Perancis pada 1917) dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dengan tajuk The Mind and Society (1935), beliau telah membentangkan teori kitaran sosial pertama dalam sosiologi.
  • Beliau terkenal kerana mengatakan "sejarah merupakan kubur bagi golongan bangsawan".
  • Teori masyarakat yang terkenal oleh Talcott Parsons berdasarkan teori Pareto. Parsons menumpukan prinsip-prinsip sosiologi yang telah dikemukakan oleh Durkheim, Weber, dan Pareto.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ van Suntum, Ulrich (2005). The Invisible Hand. Springer. m/s. 30. ISBN 3540204970.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sejarah pemikiran ekonomi