Villano de las Encartaciones

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Villano de las Encartaciones
Negara asalSepanyol
Trait
Tinggi Jantan 57–60 cm (22–24 in)
Betina 55–57 cm (22–22 in)
CatatanDiiktiraf dalam undang-undang Sepanyol[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Villano de las Encartaciones[a] ialah satu baka anjing pekerja besar Sepanyol dari rantau las Encartaciones di provinsi Vizcaya, di Negara Basque; ia juga terdapat di Álava, di Cantabria timur, dan di Burgos utara.[2]:596 Kegunaan tradisional anjing adalah dalam pengurusan lembu baka monchina dari Cantabria dan Negara Basque[3] dan khususnya untuk membantu dengan membawa lembu turun dari padang ragut gunung pada antara Oktober dengan Disember. Pada tahun 2009, terdapat kurang daripada 200 ekor anjing yang didaftarkan dalam buku pembaka.[2]:596

Ia merupakan salah satu daripada lima baka anjing Basque, yang lain merupakan anjing gembala Basque, anjing pemburu Navarra, anjing penuding Navarra, dan villanuco de las Encartaciones.[4][5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Villano ialah anjing pekerja tradisional di rantau las Encartaciones di provinsi Vizcaya, di Negara Basque, dan sedikit sebanyak juga di Álava, di Cantabria timur, dan di Burgos utara.[2]:596 Sejarahnya terjalin erat dengan baka lembu gunung monchina di rantau itu; perkaitan antara kedua-duanya sangat rapat sehingga orang telah berkata bahawa "salah satu baka tidak dapat wujud tanpa yang lagi satu".[6]:249[7]

Dahulu, ia merupakan anjing lebih kecil berbanding dengan anjing kini. Kaedah tradisional penangkapan lembu monchina di pergunungan Vizcaya melibatkan penggunaan dua jenis atau baka anjing: Villano digunakan untuk memisahkan dan menggiring lembu yang dipilih oleh ganadero ke titik penangkapan lembu oleh alano Sepanyol yang lebih besar dan lebih berat. Dari tahun 1960-an, daripada menggunakan dua baka yang tidak dapat melaksanakan fungsi yang baka lagi satu secara berasingan, para pembiak baka mula membiakbakanya secara bersilang dengan harapan agar dapat menggabungkan keupayaan kedua-duanya pada haiwan tunggal; ini membangkitkan villano moden.[2]:596 Sebuah persatuan baka, iaitu Club Nacional del Villano de las Encartaciones ("Kelab Villano de las Encartaciones Kebangsaan"), telah dibentuk pada tahun 1997.[2]:597

Ia merupakan salah satu daripada lima baka anjing Basque, yang lain merupakan anjing gembala Basque, anjing pemburu Navarra, anjing penuding Navarra, dan villanuco de las Encartaciones.[4][5] Daripada baka-baka ini, semua kecuali anjing penuding Navarra adalah peribumi di Komuniti Berautonomi Basque dan diiktiraf sebagai baka tradisional Basque melalui dekri pemerintah pada tahun 2001.[2]:599[8] Pada tahun 2003, piawaian baka diterbitkan dalam Boletín Oficial del País Vasco ("Buletin Rasmi Negara Basque").[2]:597[9] Pada tahun 2005, villano ditambahkan ke dalam senarai baka anjing yang diiktiraf oleh pemerintah kebangsaan Sepanyol.[1] Ia merupakan antara empat belas baka haiwan peribumi yang termasuk dalam rancangan pembangunan luar bandar untuk Negara Basque untuk tempoh 2007–2013.[10]

Dengan anjing pemburu Navarra, ia merupakan satu-satu baka paling terancam di Negara Basque:[2]:534 pada tahun 2009, terdapat kurang daripada 200 ekor anjing yang didaftarkan dalam buku pembaka.[2]:596

Ciri[sunting | sunting sumber]

Jantan berdiri kira-kira setinggi 57–60 cm (22–24 in) pada paras kelasa, betina pula kira-kira setinggi 55–57 cm (22–22 in).[2]:598

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kegunaan tradisional anjing ini adalah dalam pengurusan lembu baka monchina dari Cantabria dan Negara Basque[3]:291[5] dan khususnya untuk membantu dengan membawa lembu turun dari padang ragut gunung pada antara Oktober dengan Disember.[2]:596 Perkaitan antara baka anjing ini dengan baka lembu ini adalah begitu rapat sehingga orang telah berkata bahawa "salah satu baka tidak dapat wujud tanpa yang lagi satu".[6]:249

Villano juga digunakan untuk pemburuan babi hutan dengan adanya kualiti sebagai anjing tangkap.[perlu rujukan]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بيليانو دي لس ايڠکرتاسيونيس; Basque: Enkarterriko billano

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Elena Espinosa Mangana (23 Disember 2005). Real Decreto 1557/2005, de 23 de diciembre, por el que se modifica el Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura (Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 10: 1349–1351. Rujukan: BOE-A-2006-415.
  2. ^ a b c d e f g h i j k Miguel Fernández Rodríguez, Mariano Gómez Fernández, Juan Vicente Delgado Bermejo, Silvia Adán Belmonte, Miguel Jiménez Cabras (penyunting) (2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas (Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. ISBN 9788449109461.
  3. ^ a b Donato Matassino, J. Boyazoglu, A. Cappuccio (1997). [https://books.google.com/books?id=gZNLAAAAYAAJ International symposium on Mediterranean animal germplasm and future human challenges: a joint EAAP - FAO - CIHEAM International Symposium. Wageningen, Belanda: Wageningen Pers. ISBN 9789074134460.
  4. ^ a b Mariano Gómez Fernández (2002). Las razas de ganado autóctonas vascas en el pastoreo vaso (Sepanyol). Annals del Centre d'Estudis Comarcals del Ripollès. 2002: 279–290.
  5. ^ a b c Mariano Gómez, I. Amezaga (2003). Conservation of livestock genetic resources in Euskadi (Basque Country). Animal Genetic Resources/Resources génétiques animales/Recursos genéticos animales 33: 41–55. ISSN 1014-2339.
  6. ^ a b Valerie Porter, Lawrence Alderson, Stephen J.G. Hall, D. Phillip Sponenberg (2016). Mason's World Encyclopedia of Livestock Breeds and Breeding (edisi ke-6). Wallingford, United Kingdom: CABI. ISBN 9781780647944.
  7. ^ Monchina (Sepanyol). Federación Española de Asociaciones de Ganado Selecto. Diarkibkan pada 3 Mac 2011.
  8. ^ Juan José Ibarretxe Markuartu (26 Disember 2001). N°-429: Decreto 373/2001, de 26 de diciembre, sobre razas animales autóctonas vascas y entidades dedicadas a su fomento Templat:Eu(Sepanyol). Euskal Herriko Agintaritzaren Aldizkaria/Boletín Oficial del País Vasco 14: 1080–1087.
  9. ^ Gonzalo Sáenz de Samaniego Berganzo (9 Disember 2003). N°-136: Agindua, 2003ko abenduaren 9koa, Nekazaritza eta Arrantza sailburuarena, "Enkarterriko villanoa" txakur-arrazaren arauketa zehatza onesten duena=Orden de 9 de diciembre de 2003, del Consejero de Agricultura y Pesca, por la que se aprueba la reglamentación específica de la raza canina "Villano de las Encartaciones". Templat:Eu(Sepanyol). Euskal Herriko Agintaritzaren Aldizkaria/Boletín Oficial del País Vasco 7 (13 Januari 2004): 564–571.
  10. ^ [s.n.] (11 Januari 2010). Programa de Desarrollo Rural del País Vasco 2007–2013 (Sepanyol). Pemerintah Basque. Jabatan Pertanian, Perikanan, dan Makanan. Dicapai pada 31 Mac 2024.

Templat:Baka haiwan Basque