Villeneuve-d'Ascq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Villeneuve-d'Ascq
Église Saint-Pierre
Église Saint-Pierre
Jata Villeneuve-d'Ascq
NegaraPerancis
KawasanHauts-de-France
JabatanNord
ArrondissementLille
KantonVilleneuve-d'Ascq-Nord and
Villeneuve-d'Ascq-Sud
InterkomunalitiLille Métropole
Pentadbiran
 • Datuk Bandar (2008–2014) Gérard Caudron
Keluasan
1
22.66 km2 (8.75 batu persegi)
Penduduk
 (2004)2
62,400
 • Kepadatan2,800/km2 (7,100/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
INSEE/Poskod
59009 /59491, 59493, 59650
Ketinggian19–46 m (62–151 ka)
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.
Villeneuve-d'Ascq
Kerajaan
Kawasan
Departmen
Arondisemen
Kanton

Komuniti bandar
Nord-Pas-de-Calais
Nord
Lille
Bandar utama bagi 2 kanton
Lille Métropole
Datuk Bandar Jean-Michel Stievenard (2001-2008)
Ciri-ciri Geografi
Keluasan
 - Bandar raya

1 27.46 km²
Jumlah penduduk
 - Bandar (2004)
   - Kepadatan

2 62,400
  2,868/km²
Koordinat 50°37′24″U, 03°08′42″T
Aras tinggi 19 - 46 meter (purata) m
1 Data Daftar Tanah Perancis yang tidak merangkumi muara, tasik, kolam dan glasier yang melebihi 1 km².
2 Tidak termasuk penduduk yang telah diambil kira dalam komun yang lain (seperti pelajar dan anggota tentera)
Maklumat Lain
Kod pos 59009 / 59491, 59493, 59650

Villeneuve-d'Ascq (bermaksud "Bandaraya Baru Ascq" dalam bahasa Perancis) merupakan salah sebuah bandar raya yang utama di komuniti bandar Lille Metropole. Bandar raya ini terletak antara Lille dan Roubaix, di persimpangan-persimpangan lebuh raya utama menujui ke Paris, Ghent, Antwerp dan Brussel.

Villeneuve d'Ascq mempunyai melebihi 60,000 orang penduduk dan menarik 50,000 orang pelajar. Umur median penduduk ialah 29 tahun. Bandar raya ini mempunyai lebih kurang 10 kilometer persegi kawasan hijau, tasik-tasik, hutan-hutan, dan tanah-tanah suai tani.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Villeneuve-d'Ascq boleh disusul kembali asal-usulnya hingga Gaul Celt, dan terdiri daripada dua buah anak bukit feudal, iaitu tapak Gallo-Rom dan lagi satu, tapak Carolingian.

Tapak ini dipilih pada dekad 1960-an untuk menempatkan bandar baru Lille-Est yang bertujuan untuk menyalurkan pembangunan kelompok-kelompok kawasan pinggir bandar. Komun Villeneuve d'Ascq ditubuhkan pada tahun 1970 melalui penggabungan tiga buah komun (Ascq, Annappes dan Flers). Namanya membangkitkan bandar raya baru serta peringatan Ascq sebagai sebuah bandar raya syahid. Pada 1 April 1944, tentera Nazi telah membunuh 86 orang di tempat ini.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Villeneuve d'Ascq dibahagikan kepada dua buah kanton, iaitu:

Setelah mewarisi Gerard Caudron sebagai datuk bandar dari tahun 1977 hingga 2001, Jean-Michel Stievenard dan pasukannya berusaha untuk memeliharakan keseimbangan persekitaran dengan perkembangan ekonomi.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Villeneuve d'Ascq dihubungkan dengan Lille melalui VAL, sejenis metro ringan automatik yang bertayar getah. Sedangkan akronim VAL pada asalnya merupakan Villeneuve d'Ascq à Lille ("dari Villeneuve d'Ascq ke Lille", iaitu laluan pertama yang dimulakan pada 25 April 1983), VAL kini secara rasmi bermaksud Véhicule Automatique Léger (kenderaan ringan automatik).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]