Virga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Awan Nimbostratus atau virga Nimbostratus

Dalam bidang meteorologi, virga adalah renyai atau titisan kerpasan yang jatuh daripada awan tetapi tersejat sebelum mencecah tanah.[1] Pada altitud tinggi, kerpasan kebanyakannya jatuh sebagai kristal air batu sebelum cair dan termeluap; ini biasanya disebabkan pemanasan pemampatan, kerana tekanan atmosfera meningkat apabila semakin menghampiri bumi. Ia amat biasa di gurun dan di kawasan beriklim serdahana. Di Amerika Utara, ia biasanya dilihat di Amerika Utara Barat dan Prairi Kanada.

Virga boleh menyebabkan pelbagai kesan cuaca, kerana ketika hujan berubah daripada cecair kepada wap, haba daripada udara diserap berikutan suhu pengewapan air yang tinggi. Dalam sesetengah keadaan, kantung-kantung udara lebih sejuk ini mampu turun dengan pantas lantas menghasilkan letusan mikro kering yang boleh menjadi amat berbahaya bagi penerbangan. Sebaliknya pula, kerpasan yang tersejat pada altitud tinggi mampu menjadi panas hasil pemampatan ketika ia jatuh, lalu menghasilkan letusan kebawah kencang yang mungkin memanaskan permukaan bumi dengan banyak dan pantas. Letusan haba, suatu fenomena yang jarang berlaku, juga cenderung terhasil daripada keadaan udara yang terlampau kering.

Virga juga memainkan peranan dalam pembenihan sel ribut di mana zarah-zarah kecil daripada satu awan ditiup kedalam udara terlampau tepu dan bertindak sebagai zarah penukleusan untuk pembentukan awan kumulonimbus berikutnya.[petikan diperlukan]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan virga diterbitkan daripada bahasa Latin, bermaksud ranting atau dahan.

Kejadian di luar bumi[sunting | sunting sumber]

Hujan asid sulfurik dalam atmosfera Zuhrah tersejat sebelum mencecah tanah disebabkan oleh haba yang tinggi berhampiran permukaannya.[2] Kejadian serupa juga berlaku di planet-planet gergasi gas seperti Musytari. Pada bulan September 2008, pendarat Phoenix NASA menemui virga berupa salji yang turun daripada awan-awan di Marikh.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]