Virus Nipah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Henipaviruses
Pengelasan virus
Kumpulan: Group V ((-)ssRNA)
Order: Mononegavirales
Famili: Paramyxoviridae
Genus: Henipavirus
Type species
Hendravirus
Spesies

Virus Nipah

Keluang Malaya (Pteropus vampyrus), salah satu takungan semula jadi virus Nipah.

Virus Nipah dikenal pasti pada 1999 selepas ia menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi di ladang babi di semenanjung Malaysia, menyebabkan 105 kematian manusia dan pelupusan sejuta babi [1]. Di Singapura, 11 kes termasuk satu kematian berlaku dikalangan pekerja sembelihan yang terdedah kepada babi yang diimport ladang Malaysia. Virus Nipah dikelaskan oleh CDC sebagai agen Kategori C (http://www.bt.cdc.gov/agent/agentlist-category.asp).

Simptom jangkitan dari wabak Malaysia terutamanya adalah ensefalitis pada manusia dan pernafasan bagi babi. Wabak berikutnya telah menyebabkan penyakit pernafasan pada manusia, meningkatkan kemungkinan jangkitan dari manusia ke manusia dan menunjukkan kewujudan jenis virus yang lebih merbahaya.

Berasaskan data seroprevalence dan pengasingan virus, simpanan utama virus Nipah telah dikenal pasti sebagai kelawar buah (Pteropid fruit bats) termasuk Pteropus vampyrus (Keluang) dan Pteropus hypomelanus (Keluang Kecil), yang kedua-dua spesies terdapat di Malaysia.

Virus Nipah juga dikesan merebak di Bangladesh dengan kadar kematian mencecah 80%. Kadar ini hampir menyamai dengan wabak Ebola, sementara SARS mempunyai kadar kematian sekitar 9 peratus.) Ia tidak dapat dipastikan punca kematian yang lebih tinggi ini adalah disebabkan jenis Bangladesh lebih merbahaya berbanding jenis di Malaysia, atau ia disebabkan faktor perkhidmatan kesihatan yang kurang baik. Untuk menghalang wabak, Malaysia kini menyaring contoh darah babi bagi mengesan virus Nipah.

Penyebaran virus Nipah dari kelawar kepada babi dipercayai berlaku akibat peningkatan pertindanan antara kawasan habitat kelawar dengan kawasan pemeliharaan babi di semenanjung Malaysia. Di ladang indek (bermula berlaku wabak), kebun buah berada berdekatan dengan ladang babi, ini membenarkan tumpahan air kencing, najis dan buah yang digigit keluang dimakan pula oleh babi[2]. Kajian retrospespektif (undur balik) menunjukkan bahawa limpahan virus kepada babi mungkin telah berlaku di Malaysia semenjak 1996 tanpa dikesan [1]. Semasa 1998, penyebaran virus dibantu oleh pemindahan babi yang dijangkiti keladang lain dan memulakan wabak yang baru.

Wabak[sunting | sunting sumber]

Lapan lagi wabak virus Nipah telah berlaku semenjak 1998, kesemuanya di Bangladesh dan kawasan berjiran di India. Kawasan wabak terletak dalam kawasan spesies Pteropus giganteus. Sebagaimana virus Hendra, jangka berlaku wabak menunjukkan kesan bermusim.

Lokasi wabak virus henipa (bintang merah–virus Hendra; bintang biru–virus Nipah) dan taburan takungan keluang virus henipa (teduh merah–virus Hendra; teduh biru–virus Nipah)
  • 31 Januari 2001 – 23 Februari, Siliguri, India: 66 kes dengan kadar kematian 74% [3]. 75% pesakit samaada kakitangan hospital atau melawat pesakit lain di hospital, menunjukkan jangkitan dari manusia ke manusia.
  • April 2001 – Mei, daerah Meherpur, Bangladesh: 13 kes dengan sembilan kematian (69% kematian) [4].
  • Januari 2003, daerah Naogaon, Bangladesh: 12 kes dengan lapan kematian (67% kematian) [4].
  • Januari 2004 – Februari, wilayah Manikganj dan Rajbari, Bangladesh: 42 kes dengan 14 kematian (33% kematian).
  • 19 Februari 2004 – 16 April, daerah Faridpur, Bangladesh: 36 kes dengan 27 kematian (75% kematian). Bukti epidemiologi jelas membayangkan wabak ini membabitkan jangkitan virus Nipah orang ke orang, sesuatu yang tidak disahkan sebelum ini [5]. 92% kes membabitkan hubungan rapat dengan sekurang-kurangnya seorang pesakit yang dijangkiti virus Nipah. Dua kes membabitkan dedahan singkat kepada pesakit, termasuk penarik beca yang membawa pesakit ke hospital. Tambahan lagi, sekurang-kurangnya enam kes membabitkan sindrom tekanan sistem pernafasan teruk yang belum pernah dilaporkan sebelum inibagi penyakit oleh virus Nipah pada manusia. Simptom ini kemungkinannya telah membantu penyebaran jangkitan antara manusia ke manusia melalui penyebaran titisan besar.
  • 2005 Januari, Daerah Tangail, Bangladesh: 12 kes dengan 11 kematian (92% kematian). Virus kemungkinannya datang dari minuman kurma yang tercemar oleh najis atau air liur kelawar[6].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Field H, Young P, Yob JM, et al. The natural history of Hendra and Nipah viruses. Microbes and Infection 2001; 3:307–314. PMID 11334748
  2. Chua KB, Chua BH, Wang CW. Anthropogenic deforestation, El Nino and the emergence of Nipah virus in Malaysia. Malaysian J Pathol 2002; 24: 15–21. PMID 16329551
  3. Chadha MS, James AC, Lowe L et al. Nipah virus-associated encephalitis outbreak, Siliguri, India. Emerging Infectious Diseases 2006; 12:235–240. PMID 16494748
  4. 4.0 4.1 Hsu VP, Hossain MJ, Parashar UD, et al. Nipah virus encephalitis reemergence, Bangladesh. Emerging Infectious Disease 2004; 10: 2082–2087. PMID 15663842. Available from http://www.cdc.gov/ncidod/EID/vol10no12/04-0701.htm
  5. ICDDR,B. (2004). Wabak encephalitis Nipah berlaku dibanyak kawasan Barat Bangladesh, 2004. Health and Science Bulletin. 2(1):7–11.
  6. ICDDR,B. (2005). Nipah virus outbreak from date palm juice. Health and Science Bulletin. 3(4):1–5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]