Visual Art's

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Visual Art's co.,ltd
株式会社ビジュアルアーツ
Jenis Syarikat terhad
Industri Permainan video komputer
Ditubuhkan 1991
Ibu pejabat Kita-ku, Osaka, Jepun
Perancang utama Takahiro Baba
Produk Novel visual
Laman web (Bahasa Jepun) visualarts.product.co.jp

Visual Art's co.,ltd (株式会社ビジュアルアーツ Kabushikigaisha Bijuaru Ātsu?), asalnya dikenali sebagai Visual Artist Office (ビジュアルアーティストオフィス Bijuaru Ātisuto Ofisu?), ialah sebuah syarikat penerbitan Jepun yang bertumpu kepada penerbitan dan pengedaran judul-judul novel visual untuk sekumpulan pereka permainan video. Visual Art's telah mereka dengan sendirinya enjin permainan video yang digunakan oleh jenama mereka, termasuklah enjin mereka terkini, digelar RealLive, dan sebuah enjin yang lebih lama bergelar AVG32. Visual Art's juga mengendalikan penjualan dan pengedaran judul-judul permainan video yang berkaitan dengan mereka. Kebanyakan daripada judul-judul ini adalah disasarkan buat kaum lelaki, meskipun mereka turut menerbitkan permainan video yang ditujukan buat kaum wanita. Mereka terkenal sebagai syarikat yang menerbitkan judul-judul permainan video oleh Key seperti Kanon, Air dan Clannad.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]