Visual Objects

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Visual Objects adalah bahasa pengaturcaraan yang digunakan bagi menulis aturcara yang beroperasi kebanyakannya bagi Microsoft Windows. Sungguhpun ia boleh digunakan sebgai perkakasan pengaturcaraan kegunaan umum, ia hampir sepenuhnya digunakan bagi menulis aturcara pangkalan data.

Asal projek Visual Objects (nama kod Aspen) bermula sebagai sebahagian cubaan Nantucket untuk mengalih Clipper kepada Window, dan beralih dari pengaturcaraan procedural kepada stail Pengaturcaraan berorientasi objek. Ia juga menukar Clipper daripada sistem p-code kepada kompiler tempatan sepenuhnya dan memperkenalkan lebih banyak unsur bahasa pengaturcaraan C (seperti jenis pengubah), sementara memasukkan tambahan Windows (seperti COM, ODBC, dan kemudian Objek Data ActiveX - (ActiveX Data Objects ADO)). Dengan simbol jenis data, ia menawarkan keupayaan membentuk kaitan berasaskan nama, yang boleh digunakan bagi menyambung (menu events) kepada kaedah objek atau membentuk pautan lansung antara jalur pelayan dan kawalan.

Versi Windows akhirnya dipasarkan oleh Computer Associates, malangnya ia dibebaskan sebelum sedia untuk pasaran dan bertembung saingan lansung dengan keluaran pertama Borland, bahasa pengaturcaraan Delphi. Bahasa ini masih digunakan dan dikemaskini secara aktif oleh GrafX Software.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]