Vitamin B2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Vitamin B2, yang juga dikenali sebagai riboflavin (E101), merupakan mikronutrien yang mudah diserap. Vitamin B2 mempunyai peranan penting dalam menjamin kesihatan. Ia merupakan komponen utama kofaktor FAD dan FMN, dan ini merupakan sebab diperlukan oleh protein flavo (flavoprotein). Oleh itu, vitamin B2 diperlukan untuk pelbagai proses sel. Seperti vitamin B yang lain, ia sangat penting dalam tenaga metabolisme dan diperlukan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan protein.

Pendedahan kepada cahaya memusnahkan riboflavin. Riboflavin tidak berbahaya apabila dimakan melalui mulut kerana keterlarutannya yang rendah menjauhkannya daripada diserap dalam kuantiti yang banyak oleh usus.

Kerana riboflavin ialah lutcahaya di bawah pancaran UV, larutan yang tidak pekat digunakan untuk mencari kebocoran atau untuk menunjukkan kebersihannya di sistem industri seperti bioreaktor.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  1. Susu
  2. Keju
  3. Sayuran hijau
  4. Hati
  5. Legum (kekacang)
  6. Telur
  7. Asparugus