Vivien Thomas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Vivien Theodore Thomas (29 Ogos, 1910 – 26 November, 1985) adalah seorang juruteknik pembedahan berketurunan Afrika-Amerika yang menyediakan kaedah yang digunakan bagi merawat sindrom bayi biru pada tahun 1940-an. Beliau merupakan pembantu kepada seorang pakar bedah yang bernama Alfred Blalock di dalam sebuah makmal haiwan ujian milik Blalock di Universiti Vanderbilt, Nashville, Tennessee dan kemudian Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland. Tanpa sebarang kelulusan sekolah tinggi, Thomas dibesarkan dalam kemiskinan dan suasana perkauman sebelum menjadi seorang perintis pembedahan jantung dan guru dalam teknik-teknik pembedahan kepada ramai pakar bedah terkenal di Amerika Syarikat. Vivien Thomas adalah orang Afrika-Amerika pertama yang tidak memiliki ijazah kedoktoran tetapi melakukan pembedahan pintasan jantung ke atas pesakit berkulit putih di Amerika Syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]