Vokal pusat tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Vokal tengah-tengah)
AFA: Vokal
Depan Pusat Belakang
Sempit
Hampir sempit
Separuh sempit
Tengah
Separuh luas
Hampir luas
Luas

Huruf vokal bersebelahan titik "•" mewakili: vokal tak bundar • vokal bundar

Nombor AFA322
Pengekodan
X-SAMPA@
Imej
Sampel audio
noicon

Vokal tengah-tengah ialah sejenis bunyi vokel yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh ə dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan @ dalam X-SAMPA. Aksara yang sama boleh digunakan untuk vokal tengah-tengah yang bundar dan tak bundar.

Dalam bahasa Melayu, vokal pusat tengah diwakili oleh huruf e pepet, contohnya: enam, berat, liter. Huruf e dalam bahasa Melayu ada dua kegunaannya, iaitu e pepet [ə] dan e taling [e] (vokal tak bundar depan separuh sempit).

Vokal tak bundar pusat tengah[sunting | sunting sumber]

Vokal tak bundar pusat tengah sentiasa dilambangkan oleh aksara [ə], tetapi aksara ini tidak semestinya melambangkan vokal tak bundar, apalagi sering digunakan untuk mana-mana vokal vokal tak tentu yang tidak tertekan. Jika perlunya keperincian, digunakannya aksara vokal tak bundar pusat hampir sempit dengan tanda penurun: [ɘ̞].

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Inggeris RP[1] fur [fɜ̝ː] 'bulu' Rujuk fonologi bahasa Inggeris
Jerman[2] bitte [ˈbɪtə] 'tolong' Rujuk fonologi bahasa Jerman.
Portugis Eropah[3] pagar [pɜ̝ˈɡaɾ] 'membayar' Lebih kepada vokal hampir luas [ɐ] dalam bahasa Portugis Brazil.[4] Rujuk fonologi bahasa Portugis
Romania măr [mər] 'epal' Rujuk fonologi bahasa Romania.

Vokal bundar pusat tengah[sunting | sunting sumber]

Sesetengah bahasa ada vokal bundar pusat tengah ([ə] bundar) yang berbeza dari vokal separuh sempit dan separuh luas pusat tengah. Walaupun begitu, memandangkan tiada bahasa yang diketahui membezakan ketiga-tiganya, maka tiadanya aksara IPA yang khusus untuk vokal ini, sebaliknya aksara [ɵ] untuk vokal bundar pusat separuh sempit meminjam tempatnya. Jika perlunya keperincian, maka diakritik penurun boleh digunakan: [ɵ̞].

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Belanda kopen [ˈkopə] 'membeli' Rujuk fonologi bahasa Belanda
Perancis[5] je [ʒɵ̞] 'saya' Lebih ke depan untuk sebilangan penutur. Rujuk fonologi bahasa Perancis
Rusia[6][7] тётя [ˈtʲɵ̞tʲə] 'ibu saudara' Alofon bagi /o/ di keliling konsonan yang dipalatalkan. Rujuk fonologi bahasa Rusia
Sweden energi [ˌɛnːərˈɧiː] 'tenaga' Alofon tak tertekan bagi /ɛ/. Rujuk fonologi bahasa Sweden

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Barbosa, Plínio A. & Eleonora C. Albano (2004), "Brazilian Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 34 (2): 227-232
  • Crosswhite, Katherine Margaret (2000), "Vowel Reduction in Russian: A Unified Account of Standard, Dialectal, and 'Dissimilative' Patterns", University of Rochester Working Papers in the Language Sciences 1 (1): 107-172
  • Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 25 (2): 90-94
  • Fougeron, Cecile & Caroline L Smith (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association 23 (2): 73-76
  • Jones, Daniel & Ward Dennis (1969), The Phonetics of Russian, Cambridge University Press
  • Roach, Peter (2004), "British English: Received Pronunciation", Journal of the International Phonetic Association 34 (2): 239-245

Lihat juga[sunting | sunting sumber]