Voodoo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Voodoo [vu-du] ialah tradisi dan kepercayaan seakan-akan animisme dan semangat yang berasal dari Afrika Barat. Agama "Vodun" merupakan asas kepercayaan ini, namun ia turut menerapkan unsur-unsur Katolik dan adat masyarakat setempat termasuk dari kalangan orang Fon, Ewe dan Yoruba. Voodoo kini menonjol di Dunia Baru (lazimnya merujuk pada Amerika) kerana pengaruh hamba-hamba yang datang dari Afrika.

Terdapat beberapa cabang dalam kepercayaan ini yang lazim diketahui, terutamanya Vodou Haiti dan Voodoo Louisiana.