WOWOW

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wowow Logo2.gif

WOWOW merupakan televisyen satelit sendirian dan stesen TV berbayar pertama di Jepun. Stesen ini memulakan penyiaran analognya pada 1 April 1991. Siaran digitalnya bermula pada 1 Disember 2000. Rangkaiannya mempunyai sejumlah 207,753 pelanggan (31.5 billion yen jualannya), berkembang sebesar 2,667,414 dua tahun kemudian (64.5 billion jualannya).

WOWOW selalunya menyiarkan semula filem-filem, tetapi terkenal juga dengan siaran anime asli misalnya seperti Big O, Brain Powerd, Cowboy Bebop (versi uncut yang penuh), Crest of the Stars, Ergo Proxy, dan Paranoia Agent, termasuk juga blok Anime Complex. Disebabkan siarannya yang lebih longgar untuk televisyen satelit di Jepun, WOWOW telah menjadi penyiar utama dalam pengedaran anime meluas berserta tema-tema atau subjek yang tidak dapat disiarkan rangkaian penyiar. Beberapa studio anime telahpun berkerjasama dalam berkongsi untuk mengedar siri-siri mereka yang lebih matang, termasuklah studio yang terkenal iaitu Madhouse. Akibatnya, salurannya telah dianggap terbaik oleh peminat-peminat anime, dan kadang-kala dirujuk sebagai "saluran otaku".

Nama salurannya, iaitu WOWOW, merupakan gandaan perkataan "WOW", dan ketiga-tiga huruf W tersebut adalah singkatan untuk "World-Wide-Watching".

WOWOW juga menyiarkan siri televisyen Amerika seperti Friends, CSI series, Sex and the City, The Sopranos, Cold Case, Grey's Anatomy, Medium, The 4400, Project Runway, South Park, The Simpsons dan lain-lain. WOWOW sebelumnya pernah menyiarkan Ultimate Fighting Championship kepada penonton Jepun. Mereka juga telah menyiarkan drama Korea iaitu My Name is Kim Sam Soon dan komedi UK berjudul Little Britain bersama-sama drama/cerita aksi British berjudul Ultimate Force di bawah nama SAS: British Special Forces.

WOWOW juga melakukan siaran serentak siaran-siarannya dalam bentuk High Definition dalam penyiaran HDnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]