Wikipedia:Jangan hentam pengguna baru
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari WP:BITE)
| Laman ini merupakan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Para penyunting telah menyetujui pendapat dan garis panduan yang dikemukakan dalam laman ini. Garis panduan ini wajar diikuti, tetapi tidak semestinya polisi Wikipedia. Anda berhak mengubah laman ini jika perlu, tetapi sila gunakan laman perbincangan bagi memastikan penyunting lain turut setuju jika terdapat perubahan menyeluruh. |
Hentam orang baru merupakan sejenis tabiat buruk manusia. Perkara ini seharusnya dielakkan oleh semua ahli wikipedia kerana Wikepedia meruapakan satu komuniti yang terbuka. Sesiapa yang berminat untuk belajar adalah digalakkan menyertai komuniti ini.
[sunting] Sebab Tidak Hentam Pengguna Baru
- Kita seharusnya menghargai pengguna baru. Kerana dengan adanya penyertaan pengguna baru, komuniti wikipedia dapat berkembang dan seterusnya dapat memajukan wikipedia sendiri. Ingat, wikipedia merupakan suatu ensiklopedia yang disunting oleh sukarelawan semata-mata!
- Pengguna baru adalah mereka yang harus dimaafkan apabila mereka melakukan kesalahan teknikal. Sebagai orang baru, mereka adalah tidak biasa dengan fungsi-fungsi penyuntingan, maka dengan itu mereka mudah melakukan kesalahan dengan tidak segaja, maka maafkan mereka,seterusnya memberikan tunjuk ajar yang wajar.
- "Berani menyunting!" inilah moto wikipedia! Di wikipedia, semua orang adalah diberi kuasa untuk menyunting dan pegemaskini adalah sangat digalakkan. Maka, berilah galakkan kepada pengguna baru untuk menyunting, dan bukan menghentam mereka!
[sunting] Tindakan yang boleh ditakrifkan sebagai menghentam
- Marah-marah
- Memberi komen yang keras kepada suntingan yang dibuat.
- Melakukan perubahan yang mendadak ke atas hasil suntingan pengguna baru.