Wikipedia:Dasar dan garis panduan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari WP:DASAR)
Lompat ke: pandu arah, cari

PERLEMBAGAAN WIKIPEDIA

Wikipedia telah membangunkan set dasar dan garis panduan untuk mencapai matlamat penubuhan ensiklopedia bebas ini.

Dasar dan garis panduan menggambarkan kepiawaian yang dipersetujui oleh pihak komuniti. Dasar menekankan piawaian yang harus dituruti oleh semua penyunting, manakala garis panduan pula bersifat nasihat mengenai persekitaran Wikipedia.

Isi kandungan

[sunting] Takrifan

Takrifan istilah adalah merujuk kepada maksud ringkasan sesuatu istilah asas yang digunakan di laman dasar dan garis panduan atau laman - laman lain yang bersangkutan atau berkaitan dengannya dalam Wikipedia bahasa Melayu. Juga dianggap sebagai takrifan asas bagi frasa-frasa umum perlembagaan Wikipedia bahasa Melayu ini.

[sunting] Dasar

Polisi Wikipedia
Piawaian rencana
Pandangan berkecuali
Pengesahan
Tiada penyelidikan asli
Biografi orang hidup
Tajuk rencana
Bekerja dengan orang lain
Kesopanan
Sepersetujuan
Larangan serangan peribadi
Penyelesaian pertikaian
Tiada ancaman undang-undang
Prinsip sejagat
Apa yang bukan Wikipedia
Polisi lanjutan

Anda tidak perlu membaca semua polisi Wikipedia sebelum mula menyumbang! Bagaimanapun, polisi berikut adalah yang paling mustahak. Pengguna wikipedia sebaik-baiknya memahami polisi yang berikut demi perkembangan Wikipedia yang lebih sihat.

Untuk polisi menggunakan ciri terhad, lihat Penyelia.

Lihat juga faux pas Wikipedia paling biasa untuk maklumat berguna bagi pendatang baru.

[sunting] Bagaimana dasar-dasar ini dikuatkuasakan?

Anda merupakan penyunting Wikipedia. Wikipedia tiada editor-in-chief atau pusat, mekanisma atas-kebawah di mana kemajuan hari ke hari pada ensiklopedia dipantau dan diluluskan. Sebaliknya, peserta aktif memantau Perubahan terkini dan membuat suntingan salinan dan pembetulan kepada kandungan dan masalah format yang mereka lihat. Jadi peserta merupakan penulis dan penyunting.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan disini, walaupun pendekatan kemaskini fakta dan suntingan jelas menunjukkan ia bebas untuk berubah berikutan dasar dan polisi Wikipedia itu sendiri membenarkan ensiklopedia ini disunting oleh sesiapa jua. Namun masih ada pemantauan dibuat agar segala dasar dan polisi Wikipedia yang digariskan dapat sentiasa dikuatkuasakan.

Pihak utama dalam sesuatu versi Wikipedia itu sudah tentunya Birokrat, selain itu Penyelia. Kedua-dua pihak ini sangat penting dalam memastikan sebarang bentuk suntingan dan perubahan yang di buat dalam Wikipedia adalah mesti mematuhi dasar dan polisi Wikipedia itu sendiri. Mereka mempunyai bidang kuasa seperti berikut, sila lihat Wikipedia:Tanggungjawab penyelia/Panduan dan Wikipedia:Tanggungjawab penyelia. Namun mereka juga ada beberapa perkara yang tidak menjadi tugasan mereka seperti, sila lihat Wikipedia:Penyelia bukanlah.

Maka perlu dijelaskan penyunting-penyunting juga mempunyai hak untuk memberi cadangan dan teguran untuk penambahbaikkan Wikipedia dari masa ke semasa, sila lihat Wikipedia:Pendapat dan cadangan pengguna, pengguna dan penyunting juga berpeluang mengikuti diskusi dan perbualan yang dikepilkan bersama dalam satu-satu halaman dalam Wikipedia itu, setiap dari penyunting Wikipedia juga berpeluang untuk bebas melontarkan pendapat dan cadangan serta pelbagai perkara lain dalam Wikipedia:Kedai kopi.

Dalam kes terlampau dan tertentu, Jimbo Wales telah bertindak untuk menegah pengguna yang terbukti amat merosakkan. Jimbo juga telah mengisytiharkan sesetengan polisi sebagai, secara asasnya, polisi rasmi Wikipedia; lihat Wikien-l post dan kenyataan prinsip Jimbo.

Telah ternyata banyak medium kebebasan yang wujud dalam Wikipedia ini supaya sama-sama kita dapat memajukan Wikipedia sebagai Ensiklopedia Serius yang bermatlamatkan rencana yang berwibawa. Lemah lembut dan bersifat ihsan lah dalam setiap kerja yang dilakukan di Wikipedia. Janganlah mencemuh dan melontarkan kata-kata kesat semasa menyertai Wikipedia. Masuklah sumber rujukan boleh dipercayai semasa menyunting dan elakkanlah berat sebelah.

Yang terpenting, anda perlu saling ingat mengingati dan saling bekerjasama antara satu sama lain, kerana semua dasar dan polisi dan Wikipedia tidak akan dikuatkuasakan sekiranya kerjasama dan tolong menolong tidak dijalankan dengan saksama dari semua warga Wikipedia.

[sunting] Pembentukan dasar

Polisi Wikipedia dibentuk kebanyakan oleh tabiat dan persetujuan. Oleh itu, kenyataan pada laman ini dan laman bersebelahan adalah pada asasnya untuk menerangkan kebiasaan komuniti yang terbentuk.

Jika anda berminat membentuk dasar atau garis panduan, sila usulkannya di bahagian dasar Kedai Kopi. Sebelum anda membentuk dasar atau garis panduan, fikirkan hal-hal yang berikut.

  1. Sama ada dasar atau garis panduan itu memang amat perlu.
  2. Jika mahu menterjemah pula, jangan sewenang-wenangnya menterjemah, seperti menterjemah dasar dan garis panduan dari Wikipedia bahasa Inggeris dan sebagainya, kerana dasar dan garis panduan yang terkandung disini adalah hak mutlak masyarakat tempatan Wikipedia bahasa Melayu, dan masyarakat ini tidak menerima kesemua dasar dan garis panduan asing, jadi sila dapatkan pendapat di Kedai Kopi terlebih dahulu.
  3. Kebanyakan dasar dan garis panduan beraplikasi secara automatik daripada Wikipedia bahasa Inggeris terus ke Wikipedia bahasa Melayu melalui dasar lanjutan. Jadi anda tidak perlu tergesa-gesa hendak terjemahkan kesemua dasar Wikipedia asing dan silalah buat sedemikian mengikut keperluan semasa sahaja.

Kemudian, anda boleh terus usulkan di Wikipedia:Kedai Kopi/Jadual usul. Untuk keterangan lanjut sila lihat Wikipedia:Bagaimana membentuk dasar.

NOTA: Sekiranya usul dasar atau garis panduan anda berjaya, sila senaraikannya di laman ini dan laman senarai dasar atau laman senarai garis panduan untuk memudahkan simpanan.

[sunting] Garis Panduan

Garis panduan Wikipedia
Umum
Kandungan
Perbincangan
Perlakuan
Gaya penulisan
Manual Gaya Penulisan

Garis panduan merupakan "penjelasan yang rapi mengenai apa yang harus anda lakukan". Sebagai lanjutan daripada polisi dasar di atas, komuniti wikipedia juga mengadaptasikan sejumlah garis panduan yang anda harus timbangkan untuk berakitivi di wikipedia. Garis panduan ini dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti di bawah:

[sunting] Garis Panduan Umum

[sunting] Panduan kelakuan

[sunting] Panduan kandungan

[sunting] Panduan gaya penulisan

[sunting] Lihat juga

  • Laman Meta-Wiki mempunyai banyak rencana tentang Wikipedia dan topik-topik yang berkaitan.
  • Menulis rencana "how-to" dalam Wikipedia.
Alatan peribadi

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain