Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
JenisPertubuhan bukan kerajaan
Ibu pejabatAnjung Rahmat, Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadah, No. 7, Lot 2996, Persiaran Makmur, Sg. Merab Luar, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor,  Malaysia
Penubuhan
Diasaskan9 November 2005
Identiti
Orang pentingAhmad Azam Ab Rahman (Presiden)
Moto"Mengangkat Martabat Umat"
Laman sesawangwww.wadah.org.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Jawi: وادە ڤنچردسن اومت مليسيا; disingkatkan WADAH) ialah sebuah pertubuhan kebajikan[1] Islam di Malaysia. Ia merupakan pertubuhan susulan kepada bekas penggiat pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).[2] Ia ditubuhkan pada 2005[3] dan kini diterajui oleh presidennya, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman.[4] WADAH mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan WADAH diluluskan secara rasmi oleh pendaftar pertubuhan pada 9 November 2005 oleh penggerak ABIM dengan nombor pendaftaran PPM-003-10-11092005 (Selangor).[5] Penubuhannya diusulkan oleh Ab Halim Ismail dan Ahmad Azam Ab Rahman kepada jawatankuasa ABIM pada 2004.[5]

Setelah diluluskan, Dr. Siddiq Fadzil telah dipilih bagi mengetuai pertubuhan ini dari 2005 hingga 2015.[6] Bermula 2015, Ahmad Azam telah dipilih sebagai presiden kedua sehingga kini.

WADAH bersama-sama tiga pertubuhan Islam di Malaysia yang lain iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), ABIM dan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) telah bergabung menubuhkan Sekretariat Himpunan Gerakan Islam Malaysia pada 2023.[7]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, NGO Directory, 27 October 2011
  2. ^ Sulam, Muhaimin (2023-11-05). "KOLUM | Jemaah Abim dalam Amanah". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-04-02.
  3. ^ AHMAD, BORHAN (2021-08-27). "Siddiq Fadzil dimasukkan ke ICU, dibantu alat pernafasan". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
  4. ^ "PM Anwar harap pertubuhan Islam main peranan pupuk perpaduan masyarakat majmuk". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-04-02.
  5. ^ a b editor@abim (2021-11-12). "Alhamdulillah, WADAH sudah mencecah usia 16 tahun penubuhan!". ABIM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  6. ^ Outreacher (2015-09-21). "Wadah Utara: AMANAT DR SIDDIQ FADZIL". Wadah Utara. Dicapai pada 2024-04-03.
  7. ^ ROZLIN, IZWAN (2023-08-07). "Sekretariat Himpunan Gerakan Islam tangkis isu api-apikan rakyat". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-04-03.