Wakaf Bharu
| Wakaf Bharu واقف بهارو |
|
| Koordinat: 6°7′18.8″U 102°12′01.0″T / 6.121889°U 102.20028°T | |
|---|---|
| Negara | |
| Negeri | |
| Jajahan | Tumpat |
| Kerajaan | |
| - Wakil rakyat | Che Abdullah Mat Nawi |
| Kawasan | |
| - Jumlah | 8.8 batu persegi (22.7 km²) |
| Zon masa | MST (UTC+8) |
| - Musim panas (DST) | Tidak ditentukan (UTC) |
| Poskod | 16250 |
Wakaf Bharu merupakan sebuah bandar dan daerah di jajahan Tumpat, Kelantan. Ia terletak kira-kira 19 kilometer dari Tumpat dan 5 kilometer dari bandar Kota Bharu melalui Laluan Persekutuan Malaysia 3 dan Laluan Persekutuan Malaysia 134. Terdapat sebuah stesen kereta api Keretapi Tanah Melayu di sini untuk ke bandar Kota Bharu .
Di antara masjid dan beberapa surau, terdapat juga sebuah gereja di Wakaf Bharu. Lebih daripada 90 peratus di kawasan ini adalah orang Melayu dan beragama Islam. Wakaf Bharu menjadi penuh sesak pada hari Jumaat kerana terdapat sebuah pasar terkenal dipanggil "Pasar Jumaat" dekat "Pasar Besar Wakaf Bharu". Terdapat dua sekolah rendah dikenali "Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu" dan "Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu" dan sekolah menengah dipanggil "Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu" terletak di sini.
Kawasan perumahan yang terdapat di Wakaf Bharu adalah Kawasan Perumahan SBJ (Koordinat: 6°6'44"N 102°11'47"E), Taman Sri Palas (Koordinat: 6°7'29"N 102°12'32"E) dan Taman Sri Delima (Koordinat: 6°7'0"N 102°11'23"E). Poskod Wakaf Bharu adalah 16250.
Kemudahan asas [sunting]
Berikut merupakan kemudahan asas yang terdapat di Wakaf Bharu
- Klinik Kesihatan Wakaf Bharu
- Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu
- Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu
- Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu
- Stesen kereta api Wakaf Bharu
- Pasar Besar Wakaf Bharu
- Balai Polis
Politik [sunting]
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, kawasan Dewan Undangan Negeri N.04 Wakaf Bharu dimenangi oleh Che Abdullah Mat Nawi dari PAS.
Rujukan [sunting]
|
|||||||||||