Wali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wali (Arab: والي) merupakan perkataan Arab yang bererti tuan (Lord), seseorang yang dipercayai, atau kawan. Ia biasa digunakan dalam konteks orang alim atau perkahwinan.

Orang alim[sunting | sunting sumber]

Biasanya merupakan kependekan "Waliullah" (orang yang dikasihi oleh Allah swt atau Aulia'ullah).

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Merujuk kepada seorang lelaki yang diberi kuasa oleh syarak untuk menikahkan perempuan dengan seorang lelaki.

Syarat wali[sunting | sunting sumber]

  • Islam, bukan kafir dan murtad
  • Lelaki dan bukannya perempuan
  • Baligh
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
  • Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya
  • Merdeka
  • Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Jenis wali[sunting | sunting sumber]

  • Wali mujbir : Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak
  • Wali aqrab : Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
  • Wali ab’ad : Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susuna tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
  • Wali raja / hakim : Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

Syarat wali mujbir[sunting | sunting sumber]

  • Wali dan anaknya atau cucunya tidak bermusuhan
  • Bakal isteri dan bakal suami tidak bermusuhan
  • Bakal isteri dan bakal suaminya adalah sekufu (setaraf)
  • Bakal suami sanggup membayar mas kahwin secara tunai
  • Bukan dalam ihram haji mahupun umrah

Syarat perpindahan kepada wali ab’ad dan seterusnya[sunting | sunting sumber]

  • Wali aqrab belum baligh
  • Wali aqrab gila
  • Wali aqrab fasik
  • Wali aqrab cacat akal fikirannya
  • Wali aqrab berlainan agama dengan bakal isteri tersebut
  • Wali aqrab meninggal dunia

Susunan wali nasab[sunting | sunting sumber]

  • Bapa
  • Datuk sebelah bapa
  • Adik-beradik lelaki seibu sebapa
  • Adik-beradik lelaki sebapa
  • Anak saudara lelaki daripada adik-beradik seibu sebapa
  • Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  • Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  • Anak bapa saudara (sepupu) sebelah bapa seibu sebapa
  • Anak bapa saudara (sepupu) sebelah bapa sebapa

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Wali (Al-Wulat) ialah orang yang diangkat oleh Khalifah sebagai penguasa/pemerintah untuk suatu wilayah serta menjadi Amir (pemimpin) di wilayah tersebut. Daulah Khilafah yang diperintah oleh Khalifah dibahagi kepada beberapa bahagian yang disebut wilayah. Setiap wilayah dibahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian disebut Imalah. Setiap orang yang memimpin wilayah disebut Wali (atau Amir) dan orang yang memimpin Imalah disebut Amil. Para wali adalah penguasa (Hukkam) di wilayahnya kerana bidang kuasanya dalam hal ini adalah bidang kuasa pemerintahan.

Jabatan Wali memerlukan adanya (akad) pengangkatan dari Khalifah atau orang yang mewakili Khalifah dalam melaksanakan pengangkatan itu. Dalil adanya jawatan Wali atau Amir ini adalah berdasarkan tindakan Nabi Muhammad s.a.w. yang mengangkat para Wali di pelbagai negeri/wilayah. Baginda telah mengangkat Muaz ibn Jabal menjadi Wali di wilayah Janad, Ziyad bin Walid di wilayah Hadramaut dan Abu Musa Al-Asya'ari di wilayah Zabid dan Adn. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memilih para Wali dari orang-orang yang memiliki kelayakan (kemampuan dan profesionalisme) untuk memegang urusan pemerintahan di samping memiliki ilmu dan terkenal ketakwaannya. Hal ini (pelantikan Wali) diteruskan lagi oleh para Khulafa’ Rasyidin di sepanjang pemerintahan mereka.

Di zaman moden pula, istilah wali ada digunakan di Indonesia, dengan walikota mentadbir suatu bandar.