Wan Adam bin Wan Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wan Adam bin Wan Abdullah atau juga dikenali sebagai Tok Guru Haji Wan Adam merupakan salah seorang guru ugama yang terbabit dengan penubuhan rumah wakaf di Mekah untuk kegunaan para jemaah haji dan penuntut Kelantan yang bermastautin di Mekah, yang kepunyaan bapa saudaranya, Wan Ali Nakhoda Al Haj.

Bersama dengan Syeikh Hassan Muhammad Nor al-Fathani, beliau turut menerbitkan buku panduan cara-cara mengerjakan Haji, iaitu "Zad al-Haj" - 1938, dan turut mempunyai satu bab yang menyentuh mengenai cara-cara menjaga kesihatan dan mengelakkan penyakit.

Beliau turut terbabit menubuhkan SM Agama Falahiah di Kampong Baru Luar, Pasir Pekan, Kelantan bagi menurut keinginan bapa saudaranya.

Pada masa penjajahan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Wan Zabedah binti Wan Abdul Samad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]