Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wan Ahmad Tajuddin (bin) Wan Abdullah, dilahirkan pada tahun 1960 di Kuala Terengganu, daripada bapa dari Pulau Duyong, dan ibu dari keluarga di Kampung Tanjung dan Kampung Keling.

Beliau memperolehi pendidikan dari Sekolah Rendah Sultan Sulaiman I, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Norfolk College of Arts and Technology dan Imperial College London.

Beliau ialah profesor fizik di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semenjak 2000, dan pernah menerima Anugerah Saintis Muda Negara pada tahun 1995 kerana usahanya menggabungkan pengaturcaraan logik dengan rangkaian neuronan.

Beliau juga menulis puisi, dan di antara antologinya ialah 'Lawatan Lain' (1995).