Wan Aishah binti Wan Ariffin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wan Aishah binti Wan Ariffin
Kulit album Aishah
Latar belakang
Nama lahir Wan Aishah binti Wan Ariffin
Kelahiran Negeri Sembilan, Malaysia
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi, ahli politik
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1980-an - kini
Label Sony Music Entertainment Malaysia
Kegiatan berkait Malek Ridzuan, Kumpulan Fan Club

Wan Aishah binti Wan Ariffin (atau lebih dikenali sebagai Aishah) merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Meskipun kini beliau tidak lagi bersama Fan Club, namun Aishah masih aktif menyanyi secara solo. Beliau juga aktif berpolitik bersama parti pilihannya, PAS dan bertanding untuk kerusi Parlimen di Jempol pada Pilihan raya umum Malaysia 2013.[1]

Kerjaya Seni[sunting | sunting sumber]

Permulaan[sunting | sunting sumber]

Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur. Nasibnya begitu baik kerana terus ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama Malek Ridzuan dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek. Lagu yang popular ialah "Mawar Putih Mawar Merah".

Walau bagaimanapun, Aishah ketika ini menggunakan nama Natasa Aminah kerana takut dimarahi ayahnya kerana menyanyi. Ayahnya seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun, apabila rahsia itu terbongkar, nama Aminah terus lenyap dalam senarai penyanyi tanah air. Peminat langsung tidak mempedulikan 'kehilangannya'. Natasha tidak sempat merakamkan album solo kerana tidak lama selepas itu, dia terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam jurusan Sains Politik di Universiti Auckland. Bagaimanapun atas beberapa faktor, dia hanya lulus dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Di New Zealand, Aishah terus mencari peluang menyanyi. Pada 1986, dia memberanikan diri memasuki satu lagi talentime, "Telequest" dan mendapat tempat ketiga. Walaupun tidak menjadi johan, dia tetap terharu kerana Aishah satu-satunya peserta Melayu ketika itu. Selepas pertandingan itu, Aishah membuat pita demo sendiri dan di bawa ke sana ke mari untuk mencuba nasibnya.

Kebetulan ketika itu, sebuah band, Soul On Ice, sedang mencari vokalis pengganti. Mereka berjaya mengesan bakat Aishah lalu mempelawanya menyertai band itu. Bagi Aishah, peluang menyertai Soul On Ice sesuatu yang menarik walaupun dia juga ditawarkan memasuki sebuah lagi kumpulan yang cukup popular ketika di negara itu iaitu Peking Man. Walau bagaimanapun, beliau menolak tawaran Peking Man kerana bekas vokalisnya, Margaret Urlich mempunyai imej yang hebat dan beliau enggan dibayangi populariti Margaret kerana beliau mahu membina identiti sendiri.

Selain Aishah, Soul On Ice juga dianggotai Paul Moss (gitar), Malcolm Smith (keyboard), Dave Larsen (dram) dan Glenn Peters (bass). Apabila menyertai CBS New Zealand, Soul On Ice akhirnya menukarkan namanya menjadi The Fan Club. Bersama kumpulan itu, Aishah sempat merakamkan dua album - Sensation dan Respect The Beat.

Maka, pada tahun 1988, tiba-tiba industri hiburan sejagat digegarkan dengan kejayaan anak Malaysia - Aishah - bersama kumpulannya dari New Zealand, The Fan Club. Aishah and Fan Club bukan saja popular di New Zealand, Australia dan Malaysia, malah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Kemuncak Solo[sunting | sunting sumber]

Kemunculan album solo studio pertamanya Aishah adalah pada tahun 1990. "Aishah" terbitan Adnan Abu Hassan memuatkan 10 lagu termasuk satu instrumental Camar Yang Pulang. Malah, untuk membuktikan kehebatannya mendendangkan lagu Melayu, Aishah menampilkan dua lagu berirama Melayu asli - Bahtera Merdeka dan Syurga Di Telapak Kaki Ibu - dalam album itu. Hasilnya didapati memang luar biasa.

Album ini turut mengangkat nama dan muzik yang dibawa Adnan Abu Hassan dalam arus industri muzik tempatan pada masa itu. Semua sembilan lagu dalam akbum itu hebat, namun Janji Manismu, ciptaan Adam Ahmad dan lirik oleh Aishah paling mendapat tempat di hati pendengar.

Lagu itu dinobatkan Juara Lagu 1990 anjuran TV3 dengan mengalahkan "Suci Dalam Debu", Iklim dan "Sejati", Awie.

Fenomena Aishah berterusan apabila meraih kejayaan sebagai Artis Paling Popular dan Artis Wanita Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular anjuran Salem, Berita Harian dan RTM. Aishah turut memenangi anugerah Penghibur TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa anjuran RTM.

Mengikuti kejayaan itu, muncul pula album keduanya, Aishah II terbitan Adnan Abu Hassan pada 1991 yang meletup dengan lagu "Kemaafan Dendam Yang Terindah" dan "Fatwa Pujangga". Tahun yang sama, Aishah muncul dalam filem Syakila bersama Rahim Maarof dan Kuza. Walaupun berbakat sebagai pelakon, itulah sahaja satu-satunya lakonan Aishah dalam filem.

Seterusnya Aishah tampil pula dengan album Aishah III - Asia Sedunia (1992). Lagu yang popular masa ni "Selanjur Bercinta". Malangnya, tahun itu juga Aishah dan anggota The Fan Club mengumumkan pembubaran mereka kerana masalah dalaman.

Album Wajah membuktikan Aishah masih hebat apabila lagu Cinta Beralih Arah (ciptaan Jari dan lirik Habsah Hassan) menjadi Juara Lagu 1995. Lagu itu turut memenangi kategori Balada. Aishah pula menerima anugerah Persembahan Terbaik melalui lagu itu.

Pada tahun itu, Aishah menerima pengiktirafan Persembahan Vokal (Wanita) Terbaik Dalam Album dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.

Penglibatan dalam PAS[sunting | sunting sumber]

Aishah kini mula tampil di pentas ceramah Parti Islam SeMalaysia PAS. Beliau yang sebelum ini merupakan orang kuat UMNO[2] sebelum ini mengakui sudah berubah. Beliau memilih PAS kerana Islam dan ingin berdakwah melalui PAS kerana mendakwa parti ini mempertahankan agama Islam.[3][4]

Beliau meluahkan kebimbangan terhadap UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat tidak menjamin akidah anak-anak masa hadapan disamping mendakwa gejala penyelewengan rasuah yang berleluasa. Beliau juga menyeru ibu–ibu agar celik IT didalam membesarkan anak-anak. Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap Ketua Wanita UMNO kerana menganggap Menteri Kebajikan dan Masyarakat itu tidak amanah dalam menjalankan tugas.[5]

Beliau bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 untuk kerusi Parlimen di Jempol.[1]

Album[sunting | sunting sumber]

Album Studio (Solo)[sunting | sunting sumber]

Penampilan Khas[sunting | sunting sumber]

  • Jilid 5 (1984) album Malek Ridhuan

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

The Fan Club[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1984 "Mawar Putih Mawar Merah"
duet bersama Malek Riduan
Jilid 5
1990 "Janji Manismu" 1 Aishah
"Kau Yang Istimewa"
"Camar Yang Pulang" 2
"Bahtera Merdeka"
1991 "Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu"
"Pulanglah" Non-album Single
"Kemaafan Dendam Yang Terindah" Aishah II
"Kasih Kita"
"Fatwa Pujangga"
"Seloka Rindu"
1992 "Selanjur Bercinta" Aishah III: Asia Sedunia
"Kau Sahabat, Kekasih dan Teman"
"Hanakage"
"Bayangan"
1993 "Doa" Klasik
1994 "Ubekkan Denai"
"Tari Silat Melayu"
"Joget Memikat Janji"
duet bersama Ahmad Jais
"Tari Tualang Tiga"
1995 "Kata dan Rupa" 2 Wajah
"Wajah"
"Cinta Beralih Arah" 1
"Panggilan Rindu" 3
1996 "Merenung Bulan" 1 Merenung Bulan
"Biarlah Aku Pergi"
"Kau Pergi Tanpa Pesan" Memori Klasik
1997 "Tiada Duka" Tiada Duka Untuk Apa
"Antara Cinta dan Kasih" 4
"Untuk Apa"
1998 "Rela" 5 Tiada Akhirnya
"Tangisan Dalam Senyuman"
1999 "Cinta Di Hatiku"
2000 "Pulanglah Perantau" Pulanglah Perantau
"Cahaya Di Aidilfitri"
2001 "Senandung Sayang"
duet bersama M. Nasir
OST Putih
2005 "Tiada Lagi Tangisan" 1 Kurnia
2006 "Haruskah Ku Menyuarakan"
"Melukut Di Tepi Gantang" 8
2007 "Kasihnya Balqis" 5
2008 "Rindu Lukisan"
ditampilkan oleh The Fabulous Cats
Hyperkosmik
2010 "Anak" Anak
2011 "Ayuhai Anak"

Album Lain[sunting | sunting sumber]

  • Sensation (1988) - bersama kumpulan Fan Club
  • Respect the Beat (1989) - bersama kumpulan Fan Club

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
1995 (AIM2) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) Klasik Menang
Album Tradisional Terbaik Dicalonkan M. Nasir - Canggung Mendonan
1996 (AIM3) Album Pop Terbaik Wajah Menang
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) Dicalonkan Ziana Zain - Setia Ku Di Sini
Lagu Terbaik Cinta Beralih Arah Dicalonkan Nora, Sheila Majid & Johan Nawawi - Jentayu
Album Terbaik Dicalonkan Search - Gema Di Timur Jauh
1999 (AIM6) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) Tiada Akhirnya Dicalonkan Siti Nurhaliza - Adiwarna
2001 (AIM8) Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) Pulanglah Perantau Dicalonkan Siti Nurhaliza - Sahmura
2007 (AIM14) Album Pop Terbaik Kurnia Dicalonkan Siti Nurhaliza - Transkripsi
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) Dicalonkan Jaclyn Victor - Inilah Jac

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
1990 Janji Manismu Aishah Adam Ahmad Wan Aishah Terbuka Menang
1995 Cinta Beralih Arah Wajah Jari Habsah Hassan Balada Menang
Persembahan Terbaik Menang
Juara Lagu Menang
2007 Kasihnya Balkis Adnan Abu Hassan Moharis Yaakup Etnik Kreatif Dicalonkan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1990 Penyanyi Wanita Popular Menang
Artis Paling Popular Menang
1991 Penyanyi Wanita Popular Menang
1992 Penyanyi Wanita Popular Menang
1995 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
1996 Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan
2011 Anugerah Seri Perak Dicalonkan

Lain-Lain Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Muhammad Faizal dan Hazayani Zakaria. "Lebih 1,000 iringi calon di Kapar, Aishah serah borang di Jempol", 20 Apr 2013. Dicapai pada 20 April 2013. 
  2. Stephanie Sta Maria. "Aishah sings a different tune", 17 April 2013. Dicapai pada 22 April 2013. 
  3. Mus, Sabah. "Aisyah: Saya Pilih PAS kerana Islam" SabahDaily, Kuala Lumpur, 21 Julai 2012. Dicapai 20 Februari 2013.
  4. Sapinah Ab Ghani "Peminat Hormati Keputusan Aishah", Sinar, Kuala Lumpur, 13 Oktober 2012. Dicapai pada 20 Februari 2013.
  5. TVpas,hd. "Saya Jumpa Datuk Bukan Nak Minta Lembu", Youtube, 5 April 2012. Dicapai pada 20 Februari 2013.