Wan Hanafi Su

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Hanafi Su
Kelahiran
Wan Hanafi bin Wan Su

1950 (umur 73–74)
PendidikanSijil Pendidikan; Sijil Seni Kreatif
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1978–kini
Terkenal keranaHari-Hari Terakhir Seorang Seniman
PasanganSunarti Sunarto

Wan Hanafi Su merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada era 70-an dan sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon dalam lebih 100 drama dan 20 filem. Drama pertama beliau berjudul Wira pada 1978 iaitu drama pertama RTM berwarna.[1] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wan Hanafi dilahirkan di Besut, Terengganu. Beliau berasal daripada keluarga seni, abangnya, Wan Mustafa atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Po merupakan tokoh ukiran kayu terkenal negara dan diiktiraf kerajaan sebagai Adiguru Kraf. Wan Po membuka sebuah bengkel dan ukir di Alor Lintang tidak jauh daripada tempat Wan Hanafi menjalankan perniagaan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Wan Hanafi Su mengangkat trofi Anugerah Skrin 2013.

Beliau memulakan kerjayanya pada 1978 dengan dengan drama pertama lakonannya, Wira kemudian diikuti oleh watak pembantu dalam drama Panggung RTM, Kalut.

Wan Hanafi memegang watak utama bersama Yus Waisar dan Sharmila Rabbi dalam telefilem Airmata Papa arahan Jurey Latiff Rosli dan seterusya berlakon dalam telefilem Ku Yakin Berlaku lakonan Pierre Andre dan Airis Yasmin.

Bekerjasama dengan pelakon-pengarah, Sabri Yunus, Wan Hanafi menjayakan watak Pak Hassan dalam telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman yang diaptasi dari novel karya Sasterawan Negara ke-10, Anwar Ridhwan. Telefilem ini turut dibintangi oleh Zul Huzaimy, Mardiana Alwi, Nam Ron, Amerul Affendi dan Hushairy Hussein, dan dipertontonkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat bermula 1 Jun 2013.[3][4]

Pada 2014, Hanafi melakonkan watak Pak Awang dalam filem Lelaki Harapan Dunia arahan Liew Seng Tat yang dicalonkan di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-88.[5][6] Setahun kemudian, beliau muncul dalam filem Gangsterock Kasi Sengat arahan sulung Soffi Jikan. Beliau juga berlakon bersama Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam filem aksi, Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar; memegang watak Adli Hashim.[7]

Wan Hanafi mencipta sejarah dengan menghadiri majlis permaidani merah Festival Filem Cannes yang berlangsung pada 16 Mei 2016, yang mana filem Apprentice lakonannya, dipertontonkan di sana.[8]

Beliau menjayakan watak tajuk dalam filem drama Luqman arahan Mahadi J. Murat yang mengisahkan tentang Luqman, seorang penyair yang bergelut untuk mencari penonton menghargai untuk hasil seni beliau.[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau sangat mengagumi pelakon Hollywood, Marlon Brando, Robert De Niro dan Al Pacino.[8]

Aktiviti lain[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2017, Hanafi bersama isteri, Sunarti Sunarto memulakan perniagaan menjual pelbagai aneka nasi di Besut, Terengganu, sejak bagi membahagikan masanya antara lakonan dan perniagaan.[10][11]

Hanafi turut mengendalikan kelas lakonan bagi mempelawa anak seni yang berminat untuk mendalami ilmu lakonan secara percuma.[12][13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Jogho Pak Isa Filem pertama
2008 Susuk Bomoh Effendi
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Taji
2012 Bunohan Pok Heng @ Ibrahim
29 Februari Khalid
Halim Munan Wak Mali
Prince Of The City Jaggoi Sibuyan
2013 Dua Kalimah Pak Daud
Dampak Tok Long
Kisah Paling Gangster Bapa Megat
Paku Umar
Tokan Tuan Kamil
2014 Laga Hassan Laga
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah
Lelaki Harapan Dunia Pak Awang
2015 Gangsterock Kasi Sengat Ayah Rude
Polis EVO Adli Hashim Pelakon undangan
Chowrasta Penampilan khas
2016 Apprentice Rahim
2017 Kau Yang Satu Sulaiman
Luqman Luqman
2018 7ujuh Tok Batin
2019 Bu, Kasih Suci
Dendam Pontianak Penghulu
Boluomi
KL Vampires Jaka Santoro
Garang Saiful
The Garden of Evening Mists Jaafar Hamid
2020 Tyickoouns Cikgu Gadak
2021 Edge of the World Sultan Omar Ali Saifuddin II Penampilan pertama untuk filem Hollywood
Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Atok Sarip
2022 Operasi UFO
Rajawali Tok Wan
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Tok Gajah
Jerangkung Dalam Almari Pak Hassan
Seratus Dato Jaafar
2023 Pulau Tok Penghulu Penampilan khas
Cerana Biduk Bu Merah
La Luna Tok Hassan
War On Terror: KL Anarki Anurak
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Tok Gajah
Janna Endoro Che Omar
The Experts Jaafar
TBA Baran

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1978 Wira TV1 Drama pertama
1995 Percintaan
1999 YB Atikah
2006 Usia Roslan TV2
2007 Bukan Yang Pertama
2008 Akukah Tanggang? Pak Hamid TV3
2008–2009 Laila Majnun Leman
2009 Ceplos Tok Wan
Suria Kasandra Juragan Ismail
2009–2010 Jangan Tegur... Lagi Pak Berahim
2010 Mualim
Saka Jentayu TV3
2012 Beruk Tok Ayah Tok Ayah
Masihkah Ada Ramadan Astro Prima Judul filem di terengganu
2015 Terlanjur Mencintaimu TV1
Kasih Jasmin Pak Hamid
2018 Ripin Mugha Batu Ripin
2020 Sepenggal Puisi Rahman Astro Citra
The Bridge (Musim 2) Ishak Hassan HBO Asia / Viu
2021 Forensik Kamal Othman Mediacorp Suria / Astro Ria
2022 Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Mamat Kertuk Astro Ria
Murder By Moonlight Tuan Osman Astro Citra

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2005 Airmata Papa Astro Ria
Anak Penarik Beca TV1
2006 Gadis Melayu Tok Ya TV3
2010 Ku Yakin Berlaku Astro Oasis
2011 Senjakala TV2
Insaf
2013 Tabung Haji Tok TVi
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman Pak Hassan Astro Box Office
2014 Beruk Tok Ayah Tok Ayah TV3
2015 Maruah TV2
Kaabah Depan Rumah Pak Shahib Astro Oasis
2016 Niqabi Haji Nasir TV2
Sawadee Thirat TV1
Paku Di Tiang Astro Ria
Bidadari Pak Karya Astro Citra
2018 Kebaya Mek Hwa Tok Awang TV3
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati Mamat Astro Citra
Sebilah Pusaka TV2
Setan Dalam Poket Pak Awang Astro Citra
2019 Budok Kuba
2020 Anak Busut Atok
Baju Jersi Amar Pokwe TV1
2021 Mek Bunga TV2
2022 Abah Abah TV1

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
1995 Anugerah Seri Angkasa 1995 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Percintaan Menang
2005 Anugerah Seri Angkasa 2005 Pelakon TV Lelaki Terbaik Anak Penarik Beca Menang
2013 Anugerah Skrin 2013 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Angelin Yeoh (27 Julai 2018). "Veteran actor Wan Hanafi Su not ready to retire". Star2. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  2. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  3. ^ "Versi ketiga Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman". Kosmo!. 2 Jun 2013. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  4. ^ "Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Dari novel ke layar". Astro Awani. 30 Mei 2013. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  5. ^ "Liew Seng Tat's 'Lelaki Harapan Dunia' is Malaysia's pick as Oscar entry". Malay Mail Online. 25 September 2015. Dicapai pada 25 September 2015.
  6. ^ "Liew Seng Tat's 'Lelaki Harapan Dunia' is Malaysia's pick as Oscar entry". Malay Mail Online. 25 September 2015. Dicapai pada 25 September 2015.
  7. ^ "Penonton puji filem Polis Evo, media sosial dibanjiri #PolisEvo". Astro Awani. 22 September 2015.
  8. ^ a b Bissme S. (18 Mei 2016). "Living out his dream". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  9. ^ Abd. Aziz Itar (6 Mac 2016). "Luqman psikik Melayu berjiwa besar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-16. Dicapai pada 6 Oktober 2017.
  10. ^ Zaidi Mohamad (2 Mac 2017). "Wan Hanafi Su berniaga nasi di Besut". Berita Harian. Dicapai pada 5 Ogos 2017.
  11. ^ "Wan Hanafi Su buka gerai kerana minat". Sinar Harian. 15 Mac 2017. Dicapai pada 5 Ogos 2017.
  12. ^ Hanisah Selamat (4 Julai 2018). "Sanggup ajar berlakon percuma". Berita Harian. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
  13. ^ "Wan Hanafi wants to conduct acting classes for free". The Star Online. 6 Julai 2018. Dicapai pada 5 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]