Wan Ishak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cendekiawan Islam
Mufti negeri Kelantan
Nama: Mufti Wan Ishak Imam Hj. Abdullah (1875 - 1915)
Lahir: 1907 M
Wafat: 1909 M
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu
Bidang: Mufti Kelantan ke-2


Haji Wan Ishak merupakan mufti negeri Kelantan yang kedua. Beliau telah mengantikan Haji Nik Wan Daud. Beliau telah digantikan oleh Mufti Haji Wan Musa apabila tempoh pelantikan beliau tamat pada tahun 1909.[1]

Beliau dilahirkan pada tahun 1875 di Kampung Imam Haji Abdullah. Ayahnya bernama Imam Haji Abdullah bin Haji Jalaludin and ibunya, Hjh Wan Minah Lundang bt Wan Ishak. [2]

Sumbangan dan khidmat masyarakat[sunting | sunting sumber]

Sultan Muhammad ke-IV telah melantik beliau sebagai Khatib Surau Kota Bharu pada 17 Oktober 1907 setelah kematian Haji Wan Nik Daud Haji Wan Sulaiman. Kemudian Majlis Mesyuarat Negeri yang diadakan pada 11 November 1907 bersamaan 5 Syawal 1325 telah bersetuju melantik beliau sebagai mufti baru dan jawatan itu dipegang oIeh beliau sehingga awal 1909. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Jamadilawal 1333 bersamaan 9 April 1915 semasa usia beliau 40 tahun.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Haji Wan Ishak Bin Imam Haji Abdullah
    ( 1907M hingga 1909M )"
    . Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 2018-06-01.
  2. ^ Haji Wan Ishak Bin Imam Haji Abdullah
  3. ^ "MUFTI KELANTAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 2018-06-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]