Wan Ji Wan Hussin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wan Ji bin Wan Hussin (lahir 12 Januari 1982) merupakan seorang penulis buku. Beliau merupakan bekas ketua exco agama pemuda pkr dan pernah dilantik sebagai pegawai penerangan dan penasihat agama di pejabat ketua menteri Pulau Pinang. Beliau dilabel sebagai pendakwah bebas dan aktivis sosial serta perosak akidah.[perlu rujukan]Buku penulisan beliau juga yang bertajuk "Ulama yang bukan pewaris Nabi" telah diharamkan oleh jakim. Pada 10 September 201, beliau telah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau ditahan di kediamannya di Shah Alam lalu dibawa ke Balai Polis Seksyen 9 di Shah Alam.

Beliau dilaporkan mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi berkaitan agama Islam dan institusi diraja. Beliau mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam Bible versi bahasa Melayu.[perlu rujukan]

Kontroversi menghina sultan dan penahanan[sunting | sunting sumber]

Astro Awani dan Malaysia Insider melaporkan penangkapan beliau. Dalam temu bual dengan Malaysia Insider, Wan Ji menjelaskan bahawa Sultan tidak boleh menjadi ketua agama. Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita[nyatakan menurut siapa?] gunakan istilah itu, bermakna apa sahaja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri. Tetapi, sesetengah tindakan sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan yang tidak betul di sisi Islam.[1][2]

Pada 3 September 2014, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR menyenaraikan nama-nama pemimpin PR yang didakwa di bawah Akta Hasutan iaitu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran, Ketua Angkatan Muka Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Seri Delima, RSN Rayer serta Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.[3]

Pejabat Peguam Negara memaklumkan jabatan itu kini[bila?] sedang meneliti beberapa kes yang membabitkan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 termasuk membabitkan pensyarah undang-undang Prof Azmi Sharom. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa ia ialah satu proses biasa dan memberi jaminan bahawa jabatan itu akan sentiasa berlaku adil.[4]

Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda PKR, Zafril Eusoff menentang penangkapan di bawah Akta Hasutan atas pertuduhan yang masih belum disahkan. Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad turut menggesa semua pertuduhan yang telah dibuat di bawah Akta Hasutan digugurkan dan akta tersebut segera dimansuhkan tanpa diganti dengan yang lain.[5]

Kes beliau dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 September 2014. Beliau dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 kerana dituduh menghina sultan ekoran penulisannya mempersoal kelayakan sultan sebagai ketua agama. Jika disabit salah, Wan Ji boleh dijatuhi hukuman denda lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, Hakim Slamat Yahya membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Pasport antarabangsa hendaklah diserahkan kepada mahkamah. 10 Oktober 2014 ditetapkan untuk tarikh perbicaraan. Pendakwaan dilakukan Mohd Azari Harun manakala Wan Ji diwakili peguam Mohd Razlan Jalal.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]