Wan tu som

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wan tu som atau juga "one, two, som" atau burung batu air merupakan satu kaedah pengundian yang dilakukan oleh kanak-kanak bagi menentukan giliran dalam sesuatu permainan. Ia hampir serupa dengan Batu-Gunting-Kertas.

Ia dilakukan secara berkumpulan dengan mengucapkan "wan tu som" secara serentak, sebelum menunjukkan gengaman tangan (batu), telapak tangan (air) atau tangan bermuncung (burung).

  • Batu dikira kalah dengan air kerana batu tenggelam dalam air.
  • Air kalah dengan burung kerana burung minum air.
  • Burung kalah dengan batu kerana burung dilastik dengan batu.

Selain menggunakan kaedah wan tu som, undian bagi menentukan giliran juga dilakukan melalui kaedah Lai lai li tam plong.

Rujukan[sunting | sunting sumber]