Wang kertas bank

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Claudius II coin (colourised).png
Numismatik
Istilah - Portal
Mata wang
Syiling, Wang kertas,
Pemalsuan

Mata wang dalam edaran
Mata wang komuniti

Mata wang fiksyen

Mata wang kuno

Mata wang Zaman Pertengahan
Mata wang moden

Penghasilan
Eksonumia

Notafili

Nota bank

Skripofili

Wang kertas bank, nota bank atau duit kertas ialah sejenis surat cara boleh niaga, iaitu nota janji keluaran bank yang boleh dibayar kepada pembawa apabila diminta, digunakan sebagai wang, dan dijadikan wang sah dalam lingkungan kebanyakan bidang kuasa. Bersama dengan syiling, wang kertas menjadi tunai atau bentuk segala wang moden pembawa. Wang kertas biasanya membawa nilai lebih tinggi, sementara duit syiling membawa nilai kecil, kecuali keluaran kenang-kenangan logam berherga atau bernilai tinggi yang tidak boleh diperdagangkan.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, logam berharga atau separa berharga digunakan untuk dijadikan syiling untuk kegunaan merunding dan menyelesaikan perdagangan. Penciptaan wang kertas bank menawarkan wang dalam bentuk pembawa alternatif, tetapi duit syiling dan kertas masing-masing ada kelebihan dan kelemahan berbanding satu sama lain.

Kos penggunaan wang pembawa termasuk:

  1. Kos pembuatan atau pengeluaran. Syiling dihasilkan melalui kaedah perindustrian yang memproseskan logam berharga, serta memerlukan penambahan aloi untuk tujuan pengerasan dan ketahanan lusuh. Wang kertas pula diperbuat dari kertas cetak (atau polimer), oleh itu lebih rendah kos pengeluarannya berbanding syiling, walaupun membawa nilai lebih besar.
  2. Kos lusuh. Syiling bertambah lusuh dan kehilangan jisim sepanjang hayat ekonominya, dan akhirnya dilupuskan. Wang kertas pula tidak hilang nilai ekonomi akibat lusuh kerana, biarpun dalam keadaan tidak memuaskan pun tetap diterima sebagai tuntutan sah pada bank pengeluar. Apapun, bank pengeluar perlu menanggung kos penggantian wang kertas yang rosak, apatah lagi kertas lebih cepat lusuh berbanding syiling.
  3. Kos lepas modal. Syiling mempunyai nilai ekonomi dan merupakan suatu bentuk modal bukan kewangan, tetapi tidak membayar faedah. Wang kertas pula juga ada nilai ekonomi tetapi berbentuk modal kewangan, iaitu pinjaman kepada bank pengeluar. Bank pengeluar melaburkan asetnya terutamanya pada pinjaman dan sekuriti yang membawa faedah, tetapi juga perlu membawa rizab buatan logam. Justeru, wang kertas secara tidak langsung memperoleh faedah melalui pelaburan oleh bank pengeluar, tetapi syiling pula tidak membayar faedah kepada sesiapa pun. Faedah yang terlepas inilah kelebihan ekonomi terpenting wang kertas berbanding syiling.
  4. Kos pengangkutan. Syiling biasanya mahal untuk diangkut bagi urusniaga bernilai tinggi, manakala wang kertas pula boleh dikeluarkan dalam nilai besar-besar yang lebih ringan dari nilai syiling yang sama dengannya.
  5. Kos penerimaan. Syiling boleh diperiksa untuk memastikan ketulenan dengan menimbang atau cara-cara ujian yang lain. Walaupun menelan kos besar, namun rekabentuk dan pembuatan syiling bermutu tinggi boleh membantu mengurangkan kos tersebut. Wang kertas juga ada kos penerimaan, iaitu kos pemeriksaan ciri-ciri keselamatan wang kertas serta mengesahkan kebolehterimaan bank pengeluarnya.
  6. Keselamatan. Wang kertas lebih mudah dipalsukan berbanding syiling, terutamanya kerana banyaknya mesin fotokopi dan pengimbas imej komputer yang berwarna. Kebanyakan bank-bank dan negara-negara telah menerapkan pelbagai jenis langkah pencegahan untuk memastikan keselamatan wang kertas.

Kepelbagaian kelebihan dan kelemahan antara syiling dan wang kertas ini membayangkan wujudnya peranan yang berkekalan untuk kedua-dua jenis wang pembawa ini, iaitu salah satunya dipakai apabila memberi lebih kelebihan berbanding kelemahan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]