Wang pos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salah satu wang pos terkenal dalam sejarah - yang dikatakan ditunaikan oleh George Archer-Shee.
Wang pos Republik Ireland 9 Syiling dengan tambahan setem yang digunakan pada 1969. Wang pos yang telah digunakan jarang kelihatan kerana kebanyakannya dimusnahkan apabila ia ditunaikan di pejabat pos atau bank.

Di United Kingdom (UK), wang pos - (Postal Order) digunakan bagi menghantar wang melalui surat. Di Amerika Syarikat, ia dikenali sebagai kiriman wang pos (postal money order). Wang pos bukanlah, secara rasmi, sah diperlakukan (wang sah) sebagaimana wang kertas bank, tetapi merupakan jenis nota janji hutang, sama seperti cek. Wang pos boleh dibeli dan ditunaikan di pejabat pos di UK, sungguhpun wang pos berpalang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank.[1] Sehingga April 2006 wang pos cuma boleh dibeli dalam nilai tertentu, namun disebabkan kepopularannya ia telah direka semula supaya lebih fleksibel dan selamat. Penerima dan nilai wang pos kini boleh ditentukan ketika membelinya, menjadikannya lebih serupa dengan cek.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Frequently Asked Questions". Post Office Ltd. 2008. Diperoleh pada 2008-05-12. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]