Wangsa Maju
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Wangsa Maju ialah sebuah perbandaran utama yang terletak di utara timur Kuala Lumpur, Malaysia, dikelilingi oleh Setapak.
Wangsa Maju terdiri dari Seksyen 1,2,4,5,6 dan 10.
Wangsa Maju Seksyen 10 terdiri dari blok penginapan Blok A, B dan C serta ada dua blok bangunan perniagaan. Berhampiran dengannya ada kondominium Sri Kinabalu, Sri Ledang, Sri Jelatek dan Sri Lojing. Terdapat satu pam minyak ESSO dan satu bangunan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM).
[sunting] Sejarah
Tapak yang ada di Wangsa Maju ini dahulunya ialah estet ladang getah Setapak dari tahun 1900-an hingga 1980-an, apabila perbandaran ini ditubuhkan pada tahun 1984. Wangsa Maju telah menjadi salah satu perbandaran terbesar di Kuala Lumpur selepas Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan di Cheras.
[sunting] Tempat-tempat menarik
- Alpha Angle - Kompleks membeli-belah pertama di Wangsa Maju
- MIIM (sebelum ini dikenali sebagai Akademi TV3)
- Telepot Wangsa Maju
- Carrefour Wangsa Maju
- Wangsa Walk, Wangsa Maju (akan dibuka tidak lama lagi)
|
|||||||||||