Wangsa Saffariyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Faravahar at Behistun.jpg
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting

Wangsa Saffariyah (Parsi: سلسله صفاریان, Salsalah Saffarian) adalah sebuah empayar di Sistan, di barat luat Iran dan tenggara Afghanistan. Riwayat wangsa ini ialah antara 861 hingga 1003.

Ibu kota Saffariyah ialah Zaranj kini di Afghanistan. Dinasti diasaskan oleh Ya'qub bin Laith as-Saffar, seorang penempa tembaga (saffar) di timur Iran. Beliau kemudiaannya menjadi ketua perang dan menawan wilayah Sistan dan juga Khorasan[1] sekaligus menamatkan pemerintahan Wangsa Tahiriyah.

Empayar tidak berkekalan lama selepas kewafatan Ya'qub. Pengganti beliau Amr bin Laith kalah dalam peperangan dengan Samaniyah pada tahun 900. Beliau terpaksa menyerah kalah di Khorasan dan akhirnya Saffariyah menjadi negeri naungan Samaniyah.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Nancy Hatch Dupree - An Historical Guide To Afghanistan - Sites in Perspective (Chapter 3)... Link

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.