Wangsa Saljuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dinasti Seljuq
NegaraEmpayar Seljuq
Kesultanan Rum
Gelaran
DiasaskanKurun ke-10 – Seljuq
PembubaranDamsyik:
1104 – Baqtash diturunkan dari takhta oleh Toghtekin

Seljuq Agong:
1194 – Toghrul III terbunuh dalam pertempuran dengan Tekish

Rum:
1307 – Mesud II meninggal dunia
Seljuk ketika kegemilangannya, 1092
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting

Seljuk (juga dieja Seljuq) atau Turki Seljuk (dalam Bahasa Turki:Selçuklular; dalam Parsi: سلجوقيان aljūqīyān; dalam Bahasa Arab سلجوق, Saljūq, atau السلاجقة al-Salājiqa) adalah sebuah dinasti Islam yang pernah memerintah Asia Tengah dan Timur Tengah dari kurun ke-11 hingga kurun ke-14. Mereka mendirikan empayar Islam yang dikenali sebagai Empayar Seljuk Agung. Empayar ini terbentang dari Anatolia hingga ke wilayah Punjab di Asia Selatan. Ia juga adalah sasaran utama tentera Salib di dalam Perang Salib Pertama. Dinasti ini diasaskan oleh suku Oghuz Turki yang berasal dari Asia Tengah. Dinasti Seljuk juga menandakan penguasaan bangsa Turki di Timur Tengah. Pada hari ini, mereka dianggap sebagai pengasas kebudayaan Turki Barat yang ketara di Azerbaijan, Turki dan Turkmenistan dan Seljuk juga dianggap sebagai penaung kebudayaan Parsi.[1][2][3].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Asal[sunting | sunting sumber]

Sebelum abad ke-9, gerombolan Turki menyeberangi Sungai Volga, memasuki kawasan Laut Hitam.[4] Pada mulanya, keluarga Seljuk adalah sebahagian suku Oghuz Qinik[5][6][7][8] yang tinggal di kawasan penduduk Islam pada abad ke-9. Penetapan mereka ialah Khagan Yabghu di Negeri-Negeri Gabungan Oghuz, antara Laut Kaspia dan Laut Aral.[9] Pada abad ke-10, mereka berhijrah ke Parsi dan menetap di kawasan Khorasan. Di sana, mereka berasimilasi dengan penduduk Parsi dan mengadaptasikan kebudayaan dan bahasa Parsi tempatan.[10][1][3][2][11]

Pengasas[sunting | sunting sumber]

Ketua nenek moyang Seljuk pada mulanya dikenali sebagai Bey Seljuk. Bey Seljuk ini berkhidmat dengan tentera Khazar dan kira-kira 950 M, keluarga Seljuk berhijrah ke empayar Khorezmiyah, menetap di bandar Jend atau Khujand dan akhirnya mereka memeluk agama Islam.[12]

Seljuk Agung[sunting | sunting sumber]

Seljuk merupakan sekutu Empayar Parsi Samaniyah dalam peperangan mereka dengan kerajaan Qarakhaniyah. tetapi, kerajaan Samaniyah kalah ditangan Qarakhaniyah dan kemunculan Dinasti Ghaznawiyah menyebabkan persaingan kuasa di rantau Parsi.

Arslan Israil[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan salah seorang anak Bey Seljuk. Beliau masuk ke Transoksania bersama dengan pengikut beliau. Tetapi pada tahun 1027M, beliau ditahan oleh Mahmud Gaznawi(penguasa Dinasti Ghaznawiyah) dan pengikutnya. Di bawah pimpinan anaknya,Qultumsy, mereka dipukul keluar dari wilayah Mahmud Gaznawi. Mereka menyusuri pinggir Pergunungan Tabaristan dan Dailam. Di sinilah mereka menjarah dan mencuba menegakkan kekuasaan mereka, tetapi menemui kegagalan kerana mereka selalu ditentang oleh penduduk suku Kurdish. Sebahagian daripada mereka kemudiannya lari ke Iraq dan menduduki Mosul sebelum dikalahkan oleh Qirwasy Bin Al-Muqallad, pemimpin Bani Uqail, dengan tentera Arab dan suku Kurdish pada 1044M. Ketika ini, banyak orang Turki bergabung dengan mereka sehingga mereka menjadi penduduk dominan yang mengubah peta etnik di Timur Tengah. Bangsa ini seterusnya diketuai oleh 2 orang sepupu Arslan Israil iaitu Bey Ertugrul dan Bey Chagri.

Bey Ertugrul dan Bey Cagri[sunting | sunting sumber]

Bey Togrul adalah cucu Seljuk dan Bey Chagri adalah saudaranya dan dibawah pemerintahan dua beradik ini, Seljuk berjaya menguasai Empayar Ghaznawiyah. Pada mulanya, tentera Seljuk berjaya dikalahkan oleh Raja Mahmud Ghazni. Raja Mahmud kemudiannya bersara dan menetap di Khorezmi. Togrul dan Cagri pula membiarkan tentera Ghaznawi menguasai Merv dan Balkh (1028-1029). Kemudiannya mereka mula menyerang wilayah Ghaznawiyah di Khorasan dan Balkh dan mendagangkan wilayah ini dengan pengganti Shah Mahmud. Tentera Seljuk juga berjaya menawan Ghazni, ibu kota Ghaznawiyah pada tahun 1037. Pada tahun 1039, dalam Perang Dandanagan, tentera Seljuk berjaya mengalahkan angkatan Ghaznawiyah yang di bawah pimpinan Masud Ghazni. Ini menyebabkan Raja Masud meninggalkan wilayah barat empayar Ghaznawiyah dan membolehkan tentera Seljuk menguasai rantau ini. Pada tahun 1055, Togrul berjaya menawan Baghdad daripada Dinasti Buwaihi.

Alp Arslan[sunting | sunting sumber]

Alp Arslan adalah putera Bey Cagri dan beliau memperluaskan empayar Seljuk hingga ke Armenia dan Georgia pada tahun 1064. Beliau juga menyerang Empayar Byzantine pada tahun 1068, di mana Alp Arslan berjaya menawan Anatolia. Kejayaan Arslan dalam Perang Manzikert meneutralkan ancaman kerajaan Bizantin. Beliau kemudiannya membenarkan pegawai bangsawan Turkmennya untuk memerintah daerah-daerah bekas empayar Bizantin ini kerana bangsawan ini setia kepada beliau. Dalam masa dua tahun sahaja, bangsawan Turkmen ini berjaya meluaskan pengaruh mereka di Laut Aegia dengan menubuhkan wilayah "beghlik", di timur laut Anatolia pula pemerintahan Saltuqis ditubuhkan, kerajaan Mengujeqs pula di Anatolia Timur, kawasan tenggara Anatolia pula dibawah pemerintahan Artuqid, Anatolia Tengah dibawah pimpinan Danishmend, Kesultanan Rom di Anatolia Barat (kerajaan ini kemudiannya berpindah ke Anatolia Tengah) dan juga Beghlik Bey Caka di Izmir.

Malikshah I[sunting | sunting sumber]

Dibawah pemerintahan Malikshah, pewaris Alp Arslan, bersama-sama dengan dua wazir Parsi[13] beliau iaitu Nizam al-Mulk dan Taj al-Mulk, negeri Seljuk ini berkembang dari Iran di timur hingga ke sempadan Empayar Byzantine di barat. Beliau memindah ibu kota Seljuk dari Ray ke Isfahan. Sistem ketenteraan Iqta dan juga Universiti Nizamiyyah di Baghdad ditubuhkan oleh Nizam al-Mulk dan tempoh pemerintahan Malikshah dikenali sebagai Zaman Kegemilangan "Seljuk Agung". Khalifah Abasiyah memberi gelaran kepada beliau sebagai "Sultan di Timur dan Barat" pada tahun 1087. Namun begitu terdapat kumpulan Hassan Sabah, sebuah angkatan senjata Syiah aliran Ismaili mula bertukar menjadi sebuah ketenteraan dan membunuh banyak tokoh-tokoh penting dalam pemerintahan Seljuk.

Perang Salib Pertama[sunting | sunting sumber]

Negeri-negeri Seljuk yang kini berpecah belah lebih menumpukan kepada pengabungan wilayah mereka dan juga penawanan jiran-jirannya. Tumpuan ini diberikan lebih daripada bekerja sama dalam ketenteraan ketika Tentera Salib tiba di empayar Seljuk pada tahun 1095, yang ingin menawan Baitulmaqdis. Tetapi, Seljak ketika itu telah kehilangan Baitulmaqdis ke tangan kerajaan Fatimiyah.

Perang Salib Kedua[sunting | sunting sumber]

Sultan Ahmed Sanjar, sultan terakhir kerajaan Seljuk, terpaksa berhadapan dengan pemberontakan daripada kerajaan naungannya, Qarakhaniyah di Mawaraun Nahar atau Transoxiana. Di Khorasan pula, kerajaan Ghoriyah enggan dinaungi kerajaan Seljuk dan kerajaan Qarluk di Kyrghyzstan ingin memerdekakan wilayah mereka daripada pengaruh Seljuk. Puak nomad Kara-Khitai pula menceroboh wilayah timur Seljuk dan memusnahkan negeri naungannya, Qarakhaniyah. Di dalam Perang Qatwan yang terjadi pada tahun 1141, Sultan Ahmed kehilangan kesemua wilayah timur Seljuk sehinggalah ke Syr Darya.

Pada masa yang sama, tentera Seljuk berhadapan dengan ancaman daripada negeri-negeri Nasrani dan selepas Perang Salib Pertama wilayah-wilayah Seljuk yang dikepalai gabenor Turki atau atabeg mula bersekutu dengan kerajaan Nasrani ini untuk menyerang wilayah-wilayah Turki lain bagi meluaskan sempadan mereka. Di Mosul, Iraq, Atabeg Zengi yang mewarisi pemerintahan wilayah itu berjaya menyatukan atabeg-atabeg di Syria.Pada tahun 1144, Zengi berjaya menumpas dan menawan negeri Nasrani Edessa kerana Edessa yang bersekutu dengan Ortoqid menyerang wilayah Zengi. Peristiwa ini mencetuskan Perang Salib Kedua. Nur ad-Din, seorang putera Zengi menjadi pewaris Atabeg di Aleppo dan beliu mewujudkan persekutuan dengan panglima-panglima Turki lain untuk mempertahankan jajahan mereka daripada serangan Tentera Salib.

Penawanan Oleh Khorezmiyah dan Ayyubiyah[sunting | sunting sumber]

Timur Tengah sekitar 1190. Empayar Salahuddin berwarna merah; wilayah Salibi merah jambu. Wilayah Salibi selepas kematian Salahuddin berwarna hijau muda.

Pada tahun 1153, suku Turki Oghuz menentang Sultan Ahmed Sanjar dan berniat untuk menangkap beliau. Walaupun Sultan Ahmed berjaya melarikan diri, tetapi tiga tahun kemudian, beliau pun wafat. Kewafatan beliau pada tahun 1156 menyebabkan empayar Seljuk berpecah belah. Walau pun terdapat usaha untuk menyatukannya, tetapi usaha mereka terbantut kerana halangan kerajaan-kerajaan Nasrani. Atabeg Zengid dan Atabeg Artuqid hanya memegang gelaran Sultan Seljuk dan hanya memerintah Syria.

Selepas Perang Salib Kedua, panglima Shirkuh yang pernah berkhidmat dibawah Nur ad-Din, menjadi gabenor di wilayah Fatimin di Mesir. Beliau kemudiannya digantikan oleh Salahuddin Al-Ayubbi. Ketika kematian Nur ad-Din, Salahuddin yang berkahwin dengan jandanya, menawan Syria dan mengasaskan Wangsa Ayyubiyah

Di Georgia pula, kerajaan Georgia mula memulakan serangan ke atas wilayah-wilayah Islam dan menawan bekas wilayah-wilayah Seljuk dan menghidupkan Kerajaan Armenia yang diletakkan ditampuk pemerintahan Leo II Armenia di rantau Anatolia. Khalifah Abbsiyah An-Nasir pula mula memulihkan kuasanya sebagai khalifah dan bersekutu dengan Shah Aladdin Tekish Khorezmi dari Empayar Parsi Khorezmiyah. Persekutuan ini menawan kesemua wilayah-wilayah yang diperintah oleh bangsawan Turkmen ini kecuali Kesultanan Rom di kawasan Anatolia. Pada abad ke-13, tentera Mongol menyerang Anatolia (sekitar 1260) dan membahagikan Anatolia kepada beberpa wilayah kecil yang digelar Emiriah. Di Anatolia, Emiriah Beylik Anatolia kemudiannya menjadi pengasas kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Peninggalan[sunting | sunting sumber]

Bani Seljuk ini dididik dalam kebudayaan Islam sebagai hamba atau pedagang. Wangsa ini berjaya memberi nafas baru kepada kebudayaan tamadun Islam dan mengakhiri dominasi Arab dan Parsi dalam tamadun Islam. Seljuk juga terkenal sebagai penaung kebudayaan dan kesusasteraan Islam. Ketika zaman Seljuk, banyak universiti-universiti dibina seperti Universiti Nizamiyah di Baghdad. Omar Khayyam pula merupakan ahli astronomi Islam yang hidup ketika zaman Seljuk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b O.Özgündenli, "Persian Manuscripts in Ottoman and Modern Turkish Libraries", Encyclopaedia Iranica, Edisi dalam talian, (LINK)
  2. ^ a b Encyclopaedia Britannica, "Seljuq", Edisi dalam talian, (LINK): "... Because the Turkish Seljuqs had no Islamic tradition or strong literary heritage of their own, they adopted the cultural language of their Persian instructors in Islam. Literary Persian thus spread to the whole of Iran, and the Arabic language disappeared in that country except in works of religious scholarship ..."
  3. ^ a b M. Ravandi, "The Seljuq court at Konya and the Persianisation of Anatolian Cities", in Mesogeios (Mediterranean Studies), vol. 25-6 (2005), m/s: 157-69
  4. ^ Previte-Orton (1971), vol. 1, m/s.278
  5. ^ Ringkasan artikel edisi dalam talian Britannica Seljuq Dynasty Diarkibkan 2007-01-14 di Wayback Machine
  6. ^ Merriam-Webster Online - Definisi Seljuk
  7. ^ The History of the Seljuq Turks: From the Jami Al-Tawarikh(Pautan)
  8. ^ History of the Ottoman Empire and Modern Turkey - Stanford Shaw (Pautan)
  9. ^ Wink, Andre, Al Hind the Making of the Indo Islamic World, Brill Academic Publishers, Jan 1, 1996, ISBN 90-04-09249-8 pg.9
  10. ^ M.A. Amir-Moezzi, "Shahrbanu", Encyclopaedia Iranica, Edisi dalam talian, (Pautan): "... here one might bear in mind that non-Persian dynasties such as the Ghaznavids, Saljuqs and Ilkhanids were rapidly to adopt the Persian language and have their origins traced back to the ancient kings of Persia rather than to Turkish heroes or Muslim saints ..."
  11. ^ F. Daftary, Sectarian and National Movements in Iran, Khorasan, and Trasoxania during Umayyad and Early Abbasid Times, dalam History of Civilizations of Central Asia, Vol 4, bahagian. 1; disunting oleh M.S. Asimov dan Clifford Edmund Bosworth; Terbitan UNESCO, Institut Pengajian Ismaili: "... Not only did the inhabitants of Khurasan not succumb to the language of the nomadic invaders, but they imposed their own tongue on them. The region could even assimilate the Turkic Ghaznavids and Seljuks (eleventh and twelfth centuries), the Timurids (fourteenth–fifteenth centuries), and the Qajars (nineteenth–twentieth centuries) ..."
  12. ^ Wink, Andre, Al Hind the Making of the Indo Islamic World, Penerbit Brill Academic, 1 Jan 1996, ISBN 90-04-09249-8, m/s: 9
  13. ^ Encyclopaedia Britannica, "Nizam al-Mulk", Edisi Dalam Talian, (Puatan)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]