Wanita di Oman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wanita Oman

Wanita di Oman merujuk kepada "salah satu dari negara-negara termaju di sekitar wilayah Teluk Parsi yang menitik beratkan hak kewanitaan", ini kerana Kerajaan Oman telah lama menggalakkan pendidikan kepada kaum wanita sejak tahun 1970 lagi.[1] Wanita Oman boleh ditafsirkan sebagai "lebih aktif dan kepimpinan terserlah" dalam komunitinya jika dibandingkan dengan wilayah lain di Semenanjung Arab.[2]

Wanita Oman telah banyak diberi keistimewaan oleh kerajaan Oman misalnya diberikan perlindungan dalam pelbagai aspek antaranya melibatkan suaka politik, sosial dan hak perlindungan ekonomi dan perniagaan, ini termasuklah untuk tujuan pembangunan kendiri, komuniti, kuasa kecenderungan, kesihatan, kemahiran dan pendidikan serta kepentingan peribadi dan keluarga. Pembangunan dan perlindungan kesihatan bagi mengelakkan terjadinya sebarang penyakit berjangkit merbahaya dan diskriminasi telah mendapat bantuan dan sokongan antara Kementerian Kesihatan Oman dan Yayasan Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA). Dalam keadaan yang lain, buruh wanita juga telah mendapat galakan dari Kementerian Pembangunan Sosial Oman yang bekerjasama dengan UNFPA.[1]

Pemakaian[sunting | sunting sumber]

Kebiasaanya, wanita Oman menonjolkan dirinya tanpa memakai atau mengenakan hijab. Namun, wanita Oman Badwi lebih menyukai untuk memakai burqa (purdah) dan abaya (jubah wanita berwarna hitam).[2] Tambahan itu, wanita Omani secara tradisinya gemar memakai pakaian berwarna yang dikenakan bersama sirwal (seluar panjang) dan lihaf (tudung). Alat kemas biasanya dipilih dari jenis logam yang diperbuat dari perak dan emas yang ditempa dengan corak dan paten yang elegan, kebanyakkannya menggunakan kaligrafi ayat-ayat Al-Quran. Secara tradisi, wanita Oman turut memakai qurhaf sejenis pakaian yang disarungkan pada kaki, namun wanita moden kini lebih gemar memakai kasut dan selipar ala barat. Untuk make-up pula, wanita Oman lebih meminati produk kosmetik tradisional dan asli termasuklah Kohl sebagai celak mata atau penambah seri mata, campuran ekstrak biji prunus mahled dan bunga carthamus tincturius sebagai pelembab dan ekstrak tarum sebagai sabun mandi. Bagi menjaga kesuburan dan kecantikan rambut, wanita Oman menggunakan minyak yang berasal dari biji pohon shoo, dan syampu rambut dihasilkan dari ekstrak pohon sidr dan ipomoea nil. Secara tradisi, wanita Oman gemar mendekorasi tangan mereka dengan menggunakan dakwat inai, ia kebanyakkan dibuat ketika menyambut perkahwinan dan majlis-majlis kesyukuran.[3]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Pada kebiasaannya, wanita Oman boleh ditafsirkan sebagai "wanita tidak lupa diri" dan "boleh berbicara dengan orang yang tidak dikenali, apabila kebatuan dalam diri telah pecah". Tidak lupa juga, perlu diingatkan waita Oman rata-rata adalah orang-orang Muslim, juga mendapat perhatian dari orang-orang Oman yang lebih tua.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Vaidya, Sunil K. Oman 'regional pioneer for women's rights', March 9, 2008, gulfnews.org
  2. ^ a b People of Oman, omaninfo.com
  3. ^ National Dress – Women, omanet.om
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EC tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]