Wann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wann
Latar belakang
Nama lahirWan Rashidah binti Meor Abdul Rashid
Juga dikenali sebagai
Wann
Kelahiran (1970-04-17) 17 April 1970 (umur 54)
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
GenrePop rock, jazz, pop, balada
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif1988–kini
Syarikat rakaman

Wan Rashidah Meor Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Wann (lahir di Kuala Kangsar, Perak, 17 April 1970; umur 54 tahun) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian sekitar lewat 80 an. Album pertamanya iaitu Lamunan Hati telah diterbitkan pada tahun 1988.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dan merupakan anak sulung dalam keluarga seramai tujuh orang. Ketika berusia 18 tahun, Wann memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dan mula menanggung keluarganya hasil dari kerjaya tersebut.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1993, beliau telah berkahwin dengan Mohamed Thazah Hamzah. Setahun selepas melangsungkan perkahwinan, Wann telah berhijrah bersama suaminya ke Singapura. [3] Hasil dari perkahwinan tersebut, beliau telah dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd Israfael dan Natasha. Setelah berkahwin, Wann mula memperlahankan kariernya bagi memberikan fokus kepada keluarga. [4]

Kerjaya dalam bidang seni[sunting | sunting sumber]

Wann memulakan kerjayanya di dalam bidang seni pada tahun 1988 apabila menjadi artis di bawah naungan syarikat rakaman 'Suara Cipta Sempurna' (SCS). Album debut pertamanya iaitu 'Lamunan Hati' telah dilancarkan pada tahun tersebut. Sejak album pertamanya terjual di pasaran, beliau semakin dikenali ramai dan mendapat banyak undangan untuk mengadakan persembahan pentas. Ibu beliau iaitu Puan Junaidah telah menjadi pengurusnya semasa di awal kerjayanya.

Pada tahun 1989, album keduanya berjudul 'Terlerai Kasih' mula diterbitkan. Semasa albumnya berada di pasaran, sebanyak 30,000 unit terpaksa dihentikan jualan akibat daripada konflik yang berlaku di antara penerbit album iaitu A. Ali bersama dengan syarikat rakaman NSR. Ketika konflik tersebut berlaku, lagu-lagu di dalam album tersebut tidak dibenarkan untuk dimainkan di corong-corong radio. Tindakan saman oleh pihak NSR terhadap A. Ali yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan menyebabkan syarikat SCS Records membuat keputusan untuk merakamkan semula album tersebut. Pihak SCS Records telah bekerjasama dengan John Goh bagi menerbitkan album gantian tersebut. [5]

Pada tahun 1990, Wann mula merakam album terbaru yang berjudul 'Koleksi Nostalgia Wann'. Album tersebut dimuatkan dengan lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma yang telah dirakam semula oleh Wann dengan diberikan nafas baru oleh komposer.

Pada tahun 1992, album kedua Koleksi Nostalgia Wann mula dilancarkan. Antara lagu popular yang dimuatkan di dalam album tersebut ialah Bossanova. Lagu yang pernah didendangkan oleh Puan Sri Saloma telah diberi nafas baru oleh Wann.

Wann kembali dengan album khas iaitu 'Kilauan' (Nostalgia Sharifah Aini) pada tahun 1997. Album tersebut dimuatkan dengan lagu-lagu Sharifah Aini yang telah dirakam semula oleh Wann. Di dalam album tersebut juga dimuatkan dengan sebuah lagu baru yang berjudul Kilauan khas buat idolanya, Datuk Sharifah Aini.

Bersempena dengan ulang tahun yang ke 25 penglibatan beliau di dalam industri, Wann telah membuat kemunculan khas bersama peminat-peminatnya iaitu sebuah persembahan pentas "Live Bersama Wann dan Peminat" di The Pearl Hotel Kuala Lumpur pada 7 September 2019. [6]

Pada 25 September 2019, nama Wann telah disenaraikan di antara peserta yang bakal bertanding di dalam program realiti Gegar Vaganza (musim 6). Wann akhirnya telah bersetuju untuk menyertainya selepas beberapa kali menolak tawaran yang diberikan oleh Astro.

Gegar Vaganza 6[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini, Wann pernah dilamar oleh pihak Astro bagi menyertai program realiti Gegar Vaganza. Namun, Wann terpaksa menolak lamaran tersebut sebanyak 3 kali kerana masih belum bersedia. [7] Beliau secara peribadi berminat untuk menyertai program berkenaan tetapi perlu mengambil kira pelbagai faktor sebelum bersetuju menerima tawaran tersebut. Beliau sangat berbesar hati kepada pihak Astro yang sanggup datang sehingga ke Singapura semata-mata untuk menjemputnya menjadi sebahagian daripada program pertandingan nyanyian GV. [8]

Pada 25 September 2019, nama Wann telah diumumkan sebagai salah seorang peserta sebuah program realiti Gegar Vaganza (musim 6).[9] Konsert pertama telah bermula pada 13 Oktober 2019.

Lagu tugasan mingguan[sunting | sunting sumber]

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Markah Kedudukan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Bossanova" Dirinya sendiri / Saloma 74.33% 2
Minggu ke-2 CarMa (Cari Makan) "Lamunan Hati" Dirinya sendiri 68.00% 6
Minggu ke-3 Yang Aneh Aneh "Asmaradana" Tiara Jacquelina 74.00% 3
Minggu ke-4 Haa... Tepuk "Engkau Laksana Bulan" (duet bersama Aris Ariwatan) P. Ramlee 57.00% 8
Minggu ke-5 CurHat (Curahan Hati) "Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu" Uji Rashid 71.00% 5
Minggu ke-6 Melets (Meletop) "Pengemis Cinta" Ella 59.00% 7
Minggu ke-7 Caras (Cara Sendiri) "Terlalu Memuja" Wany Hasrita 61.00% 8
Minggu ke-8 Reset "Wajah Rahsia Hati" Fauziah Ahmad Daud 63.00% 5
Minggu ke-9 (Suku akhir) Suara Komposer "Hitam Putih Kehidupan" Sheila Majid 56.00% 8
Minggu ke-10 (Separuh khir) Fabulous "Ku Gembira Disampingmu" Khadijah Ibrahim 57.00% 7
"Dua Insan" (duet bersama Zarul Umbrella) M. Nasir & Yunizar Hussein

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Album Reissue[sunting | sunting sumber]

Album Pelbagai[sunting | sunting sumber]

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

  • Corat coret Kehidupan (Single Ujibakat Wann bersama Scs) (1986)
  • Tragedi Cinta (Single UTK drama2 slot RTM)
  • Lamunan Hati (1988)
  • Terlerai Kasih (1989)
  • Mengapa Terkenang baru
  • Nilai Cinta - duet Azwan Ali baru
  • Beban Asmara(1994)
  • Bossanova (1992 -tetapi dihentikan rakaman disebabkan tindakan A.Ali) (1997-diriliskan sepenuhnya dengan kerjasama SCS Records)
  • Dalam Air Ku Terbayang Wajah duet Azmer
  • Darah Muda(1997)
  • Di mana Suara Burung Kenari - Duet Azmer
  • Istana Cinta(1990)
  • Kuala Lumpur(1989)
  • Pahit Dan Manis(1991)
  • Kau Bagai Cermin(1996)
  • Aku Dalam Teka Teki(1990)
  • Menjejak Bayang-Bayang - duet Saleem Iklim
  • Selamat Pengantin Baru(1996)
  • Puteri Iswara(1992)
  • Joget Siapa Dia(1993)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1989 Pelumba Malam Penampilan Khas

"Jawapan Yang Kelabu" nyanyian oleh Wann telah digunakan sebagai lagu tema filem tersebut.

1991 Jaket Biru Merupakan filem terakhir lakonan Wann.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ‘Biodata Wann’ Shah (1 Februari 2017). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  2. ^ - ‘Dari Kacamata Keluarga Wann’ Shah (1 Februari 2017). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  3. ^ ‘Wann Rindu Masuk Studio’ SGMS Faida (26 September 2019). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  4. ^ 'Wann Bangga Besarkan Anak Sendiri' MUZLINA ABU BAKAR (04 Mei 2009). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  5. ^ ‘Wann Buat Album Ganti’ Varia-Pop, Shah (7 April 2017). Dicapai pada 14 Disember 2019.
  6. ^ 'Penyanyi 90an WANN Bakal Hiburkan Peminat di Makan Malam Live di The Pearl KL' Budiey (August 4, 2019). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  7. ^ 'Wann 3 kali tolak lamaran Gegar Vaganza; teringin rakam lagu baru' FREDA HASSAN (19 September 2019). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  8. ^ 'Astro sanggup datang ke Singapura' TubeViral (4 Ogos 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.
  9. ^ 'Wann sertai Gegar Vaganza musim ke 6' Astro (25 September 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]