Wapedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wapedia merupakan sebuah laman web yang membawa kandungan Wikipedia kepada alat-alatan bimbit seperti telefon bimbit dan PDA. Wapedia menawarkan versi yang terbaru untuk setiap rencana.

Wapedia boleh diakses dengan mengunjungi http://wapedia.mobi dengan sebuah pelayar WAP atau pelayar web mobil pada sebuah telefon bimbit atau PDA.

Laman-laman dalam Wikipedia adalah terlalu panjang untuk disiarkan pada alat-alatan sebegini, oleh itu laman-laman yang panjang dibahagikan kepada ceraian-ceraian kecil.

Wapedia juga mengandungi sebuah enjin pencarian cepat yang terpisah daripada pelayan (server) Wikipedia. Wapedia menyokong WML dan format XHTML Mobile moden, dengan pengesanan automatik untuk format yang terbaik untuk setiap alatan.

Alternatif[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.