Wayang (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wayang(filem))
Wayang
Poster Filem Wayang
PengarahHatta Azad Khan
PenulisHatta Azad Khan
Lakon layarHatta Azad Khan
Dibintangi
Muzik olehHafiz Askiak
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 13 November 2008 (2008-11-13)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Wayang ialah sebuah filem drama kemasyarakatan arahan Hatta Azad Khan yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 13 November 2008. Filem yang dibintangi oleh Eman Manan, Ida Nerina dan Zul Huzaimy ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Pantai Timur yang mengekalkan warisan budaya mereka iaitu wayang kulit. Filem ini juga turut mewakili Malaysia pada Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur dan berjaya merangkul Anugerah Khas Juri.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Awang Lah (Eman Manan), seorang dalang tersohor, tiba-tiba didepani masalah mengajar wayang kulit kepada seorang kanak-kanak lelaki buta dan seorang kanak-kanak perempuan bersuara sengau. Kekecewaannya terhadap anak sendiri yang tidak mahu mendekati panggung wayang kulitnya, membuatkan Awang Lah berusaha keras mengajar dan kanak-kanak istimewa itu. Awi (Zul Huzaimy) sekalipun buta tetapi mampu menghafal cerita-cerita wayang kulit dengan baik, dan Melor (Mas Muharni) pula pandai melukis patung dan menggerakkannya di kelir mengiringi cerita yang dituturkan Awi.[1] Setelah dewasa Awi mencuba berbagai gaya tersendiri menyelitkan unsur jenaka pada cerita-cerita dari hikayat Ramayana. Percubaan Awi tidak disenangi Awang Lah yang menganggap wayang kulit adalah seni yang tidak boleh dipinda atau diubah. Awang Lah menjadi bertambah serabut dengan gangguan Jusoh (Wan Kenari), sepupunya yang menganggap wayang kulit adalah bertentangan dengan agama. Cinta berputik antara Awi dan Melor. Jusoh yang menaruh hati pada Melor menjadi marah dan mula mengganggu Awi, sehinggakan Awi tertuduh membakar panggung wayang kulit Awang Lah. Awang Lah mendepani Jusoh setelah mengetahui dari Awi siapa sebenarnya yang membakar panggung wayang kulitnya. Awang Lah memberi amaran kepada Jusoh supaya tidak lagi menganggu Awi dan mengusik Melor. katanya kedua-dua remaja itu adalah tanggung-jawabnya seperti anaknya sendiri. Awang Lah terjatuh sewaktu bermain wayang kulit. Persoalannya: mampukah Awi dan Melor meneruskan warisan kesenian wayang kulit? Adakah Awi yang buta dapat menghadapi Jusoh? Bolehkah anak lelaki Awang Lah yang kini remaja menerima wayang kulit? Adakah Awi dan Melor dapat hidup bahagia seperti Seri Rama dan Sita Dewi dalam cerita wayang kulit yang mereka mainkan?[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Menang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-21 Filem Terbaik Keseluruhan Pencalonan
Pengarah Terbaik Hatta Azad Khan Pencalonan
Pelakon Lelaki Terbaik Eman Manan Pencalonan
Lakon Layar Terbaik Hatta Azad Khan Pencalonan
Cerita Asal Terbaik Hatta Azad Khan Pencalonan
Penyuntingan Terbaik Hafiz Kamaruzaman Pencalonan
Skor Muzik Asal Terbaik Hafiz Askiak Pencalonan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Zul Huzaimy Marzuki Menang
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Mohd Asrah Afif Pencalonan
Mohd Asrah Aris Pencalonan
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik EWan Kenari Pencalonan
Pelakon Harapan Wanita Terbaik Mas Muharni Penacalonan
Anugerah Khas Juri menyemai warisan budaya di layar perak kerana telah pupus Menang
Anugerah Skrin 2009 Filem Terbaik Keseluruhan Menang
Pengarah Terbaik Filem Hatta Azad Khan Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Eman Manan Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Zul Huzaimy Marzuki Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Ida Nerina Menang
Lakon Layar Terbaik Filem Hatta Azad Khan Pencalonan
Kuala Lumpur International Film Festival 2008 Jury Merit Award Keseluruhan Menang
Festival Filem Antarabangsa India, Goa 2009
Festival Filem Antarabangsa India, Pune 2009
Gold Panda Award Chengju, China 2010 Sinematografi Terbaik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.budiey.com/sinopsis-filem-wayang/
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-29. Dicapai pada 2009-06-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]