Wayne Ratliff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Cecil Wayne Ratliff (lahir 1946, Trenton, Ohio) merupakan orang yang bertanggungjawab menuli atur cara pangkalan data Vulcan. Dibesarkan di Ohio dan Jerman, beliau kini menetap di Los Angeles. Dari tahun 1969 hingga 1982, Ratliff telah bekerja untuk Martin Marietta Corporation dalam janjang kejuruteraan dan berpangkat pengurus. Beliau merupakan anggota bagi pasukan penerbangan program Viking NASA semasa kapal angkasa Viking mendarat di Marikh pada tahun 1976, dan telah menulis sistem pengurusan data, MFILE supaya pendarat Viking itu menyokong perisian.

Pada tahun 1978 beliau telah menulis sebuah atur cara pangkalan data dalam bahasa himpunan di Jet Propulsion Laboratory (JPL) di Pasadena, California. Beliau menamakannya Vulcan (sempena nama planet asal Mr. Spock) berasaskan JPLDIS Jeb Long. Kata Ratliff, dia menulis atur cara tersebut untuk membantunya menang dalam pertaruhan bola sepak Amerika di pejabatnya. Dia memasarkannya sendiri dari tahun 1979 sehingga 1980, namun kepayahan mengendalikan kesemua tempahan membuatkannya memberhentikan jualannya.

Lewat tahun 1980, beliau bertemu dengan George Tate yang merasakan produknya mempunyai nilai pasaran. Lantas beliau membuat perjanjian pemasaran dengan Ashton-Tate lalu nama Vulcan ditukar kepada dBASE. Ratliff telah putus asa untuk menjual salinan perisiannya untuk $50 setiap satu, Tate pula berkata produtnya dapat dijual dengan harga yang lebih baik pada $695, maka merka membuat perjanjian dan terhasillah dBASE II. Atur cara tersebut dinamakan semula kepada dBASE kerana kepercayaan bahawa produk dengan nama "versi satu" tidak akan terjual. Perisian tadi asalnya berjalan pada komputer CP/M dan kemudiannya di labuhkan kepada komputer peribadi IBM. Pada pertengahan tahun 1983, Ashton-Tate membeli teknologi dan hak cipta dBASE II daripada Ratliff, dan beliau pun menyertai Ashton-Tate sebagau timbalan presiden bagi teknologi baru. Ratliff merupakan pengurus projek bagi dBASE III serta pereka bentuk dan ketua pengatur cara.

Ratliff telah menulis Emerald Bay—sebuah pengurus pangkalan data pelanggan/pelayan—pada tahun 1988. Setelah bersara, Ratliff mengisi masa lapang dengan belayar dan mempelajari matematik. Beliau juga telah mengusahakan sistem komputer untuk digunakan dalam pertandingan perlumbaan bot layar.